Petua yang Berguna

Petua yang Berguna

Sediakan diri untuk perjalanan ke Australia dengan petua praktikal kami.  Pelajari tentang mata wang, cara membuat panggilan balik ke rumah, jaga diri, beli-belah dengan bertanggungjawab dan cara melancong dengan kecacatan.  Dan kini anda bersedia untuk bermula.

Wang

Mata wang Australia ialah Dolar Australia (AUD) dan pengurup wang terdapat di bank, hotel dan lapangan terbang antarabangsa.  Kredit kad yang paling biasa diterima ialah American Express, Bankcard, Diners Club, MasterCard, Visa, JCB dan sekutunya.  Cubapenukar mata wang ini yang mudah. 

Cukai Barangan dan Perkhidmatan

Australia mempunyai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 10 peratus.  Anda mungkin boleh mendapatkan pemulangan untuk GST yang dibayar untuk barangan yang dibeli di sini jika anda telah membelanjakan AUD$300 atau lebih di satu kedai, tidak lebih dari 30 hari sebelum berlepas dari Australia.  Kemudahan Skim Pemulangan kepada Pelancong terdapat di kawasan berlepas terminal antarabangsa.  Untuk maklumat lanjut, lihat maklumat kerajaan Australia di bahagian Skim Pemulangan kepada Pelancong.

Beli-belah

Anda akan mendapati kedai beli-belah yang besar, arked, pusat beli belah, kedai hadiah dan cenderamata di seluruh Australia.  Masa berniaga adalah berbeza merentasi negara tetapi kedai di kawasan pelancong dan bandaraya biasanya dibuka sehingga 6 petang, kecuali beli-belah lewat malam pada hari Khamis atau Jumaat, bergantung kepada negeri. Di Australia, anda dilindungi oleh Undang-undang perlindungan pengguna Australia yang memastikan semua perniagaan melayani anda dengan adil.

Memberi tip dan menawar

Hotel dan restoran tidak menambahkan caj perkhidmatan kepada bil anda.  Di restoran mewah, adalah biasa untuk memberi tip pelayan sehingga sepuluh peratus daripada jumlah bil untuk layanan yang baik.  Namun, memberi tip adalah pilihan anda.  Menawar bukanlah budaya di Australia.

Bantuan kecemasan

Nombor kecemasan untuk polis, ambulans dan bomba ialah 000.

Keselamatan meluncur dan air

Pantai terkenal di Australia selalunya diawasi oleh penyelamat sukarela dari Oktober ke April. Bendera merah dan kuning menandakan kawasan paling selamat untuk berenang.  Untuk maklumat lanjut mengenai ubur-ubur dan buaya, baca laman web Kerajaan Queensland.

Language

Bahasa rasmi Australia ialah bahasa Inggeris.  Namun, sebagai sebuah negara pelbagai budaya dengan populasi penghijrah yang tinggi, kami juga mempunyai kepelbagaian bahasa dan budaya.

Keluaran tenaga elektrik

Arus elektrik kami ialah 220 – 240 volt, arus ulang alik 50Hz.  Soket tiga pin Australia berbeza dari sesetengah negara lain, jadi anda mungkin memerlukan penyesuai.

Komunikasi

Kod negara Australia ialah 61.  Panggilan tempatan dari telefon umum mempunyai caj AUD$.050 tanpa had masa. Panggilan ke telefon bimbit, jarak jauh dan antarabangsa biasanya mempunyai had masa. Litupan jaringan telefon bimbit sedia ada merentasi Australia. Namun, litupan mungkin terhad di sesetengah bahagian terpencil.  Akses internet terdapat di kafe internet, tempat kediaman dan perpustakaan.

Perkhidmatan pos

Pejabat pos selalunya dibuka dari 9 pagi – 5 petang, Isnin hingga Jumaat, dan sesetengah pejabat pos di bandaraya dibuka pada pagi Sabtu.  Pelancong boleh mengambil mel di pejabat pos di seluruh Australia.

Perjalanan dengan Kecacatan

Jika anda mempunyai kecacatan dan merancang untuk menerokai Australia, terdapat pelbagai perkhidmatan dan tawaran istimewa untuk memenuhi keperluan anda.  Persediaan yang rapi adalah penting untuk perjalanan yang lancar, jadi anda patut memberitahu agen perjalanan atau pelancongan anda tentang keperluan khusus anda.  Untuk maklumat lanjut tentang pelancongan ramah kecacatan di Australia, sila layari NICAN atau laman web AustraliaForAll.

Idea Australia selanjutnya