Maklumat Visa

Maklumat Visa

Anda memerlukan visa untuk masuk ke Australia melainkan anda adalah warga Australia atau New Zealand. Pemegang pasport New Zealand boleh memohon visa semasa ketibaan di Australia. Semua pemegang pasport lain mesti memohon visa sebelum meninggalkan negara masing-masing. Anda boleh memohon pelbagai jenis visa, termasuk visa pelancong dan visa cuti sambil bekerja, di Konsulat Australia yang terdekat dengan anda. Anda juga boleh memohon jenis visa tertentu dalam talian.

Terdapat perkara-perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum membuat permohonan visa Australia ataupun setelah ia diluluskan.  Perkara tersebut termasuklah memohon jenis visa yang betul, keperluan permohonan, tanggungjawab anda semasa di Australia dan kepentingan memenuhi syarat visa.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawatilah laman web Kerajaan Australia Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan [www.immi.gov.au]

Visa Pelancong

Visa pelancong adalah bagi mereka yang melawat Australia untuk tujuan percutian, melawat tempat-tempat menarik, atas sebab-sebab sosial dan riadah, melawat keluarga, kawan atau lawatan jangka pendek lain yang bukan bertujuan untuk bekerja. Terdapat sebilangan visa pelancong yang tersedia untuk mereka yang berhasrat untuk melawat Australia sebagai pelancong. Layarilah laman web Kerajaan Australia Jabatan Imigresen dan Warganegara untuk mengetahui keperluan kelayakan.

ETA (Pelawat) (Subkelas 976)
Penguasa penyimpanan secara elektronik untuk lawatan jangka pendek ke Australia sehingga 3 bulan. Tersedia kepada pemegang pasport dari beberapa negara dan kawasan yang tinggal di luar Australia.

ePelawat (Subkelas 651)
Penguasa penyimpanan secara elektronik untuk lawatan ke Australia bagi tujuan pelancongan atau perniagaan sehingga tiga bulan. Tersedia kepada pemegang pasport dari negara Kesatuan Eropah dan sebilangan negara Eropah lain yang tinggal di luar Australia.

Visa pelancong (Subkelas 676)
Visa sementara membenarkan penginapan di Australia sehingga tiga atau enam atau 12 bulan. Pemohon boleh membuat permohonan sama ada dari luar atau dalam Australia. Sesetengah pelancong layak untuk menempatkan permohonan mereka dalam talian untuk visa Pelancong e676.

Visa Pelawat Ditaja Keluarga (Subkelas 679)
Bagi mereka yang ingin melawat ahli keluarga di Australia untuk tempoh penginapan masa sehingga 12 bulan. Penaja rasmi oleh warganegara Australia atau penduduk tetap diperlukan.

Bukan warganegara Australia dari negara-negara tertentu layak untuk transit melalui Australia tanpa visa. Sekiranya anda tidak layak untuk transit tanpa visa, anda perlu memohon visa Transit.

Visa Cuti sambil Bekerja

Program Cuti sambil Bekerja serta program Bekerja dan Bercuti menggalakkan pertukaran budaya dan mengeratkan hubungan antara negara-negara persetujuan dengan membenarkan orang muda mendapatkan percutian lanjutan dengan pekerjaan jangka pendek. Terdapat dua jenis visa Cuti sambil Bekerja:

Visa Cuti sambil Bekerja (Subkelas 417)
Bagi warganegara Belgium, Kanada, Republik Cyprus, Denmark, Estonia, Finland, Peranchis, Jerman, Hong Kong, Republik Ireland, Itali, Jepun, Republik Korea, Malta, Belanda, Norway, Sweden, Taiwan dan United Kingdom.

Visa Bekerja dan Bercuti (subkelas 462)
Bagi pemohon dari Bangladesh, Chile, Indonesia, Iran, Malaysia, Thailand, Turki dan Amerika Syarikat yang memohon visa cuti dan bekerja di Australia.

Kerajaan Australia Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan telah menerbitkan beberapa helaian fakta. Ini membekalkan maklumat lanjut mengenai pilihan pendudukan sementara di Australia, termasuk program Cuti sambil Bekerja serta program Bekerja dan Bercuti, dan juga maklumat mengenai bekerja di Australia.

Visa Pelajar

Terdapat visa khas bagi pelajar yang ingin belajar di Australia dan bagi ibu bapa, keluarga atau penjaga pelajar yang belajar di Australia.

Terdapat lapan subkelas visa pelajar bergantung pada pasport negara anda dan bidang pengajian. Semak dengan Jabatan Kerajaan Australia mengenai cara untuk memohon visa yang betul untuk memenuhi keadaan keperluan anda secara individu.

Visa Latihan yang Ditaja juga ditawarkan bagi mereka yang ingin datang ke Australia melalui program pembangunan profesional atau untuk mengikuti latihan berasaskan tempat kerja.

Penguasa Perjalanan Elektronik

Penguasa Perjalanan Elektronik (ETA) membenarkan mereka yang ingin melawat ke Australia sebagai pelancong jangka masa pendek atau untuk tujuan perniagaan sehingga tiga bulan. ETA disediakan kepada pemegang pasport lebih daripada 30 negara, rantau dan lokasi. Semak di laman web Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan Kerajaan Australia untuk keperluan kelayakan.

Visa ePelawat

ePelawat membenarkan pelawat melawat ke Australia untuk tujuan perniagaan jangka pendek atau tujuan pelancongan sehingga tiga bulan. Permohonan ePelawat adalah percuma dan tersedia kepada pemegang pasport dari negara Kesatuan Eropah dan sebilangan negara Eropah. Semak di laman web Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan Kerajaan Australia untuk keperluan kelayakan.

Memanjangkan tempoh tinggal anda di Australia

Sekiranya anda telah berada di Australia dan memegang ETA yang sah (Pelawat) (subkelas 976), ePelawat (subkelas 651), e676 Visa Pelancong, atau Visa pelancong laporan kertas (subkelas 676) yang dibenarkan untuk tinggal selama tiga bulan atau kurang, anda boleh memanjangkan tempoh tinggal anda di Australia hingga ke tempoh maksimum enam bulan. Semak di laman web Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan Kerajaan Australia untuk butiran.

Sila ambil perhatian bahawa maklumat ini tertakluk kepada perubahan secara berkala, dan anda harus semak di laman web Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan Kerajaan Australia untuk maklumat terkini.

Kastam dan Kuarantin Australia

Undang-undang kastam Australia melarang anda membawa masuk dadah, steroid, senjata, senjata api dan haiwan yang dilindungi ke Australia. Sesetengah barang biasa seperti makanan mentah atau berbungkus, buah-buahan, telur, daging, tumbuh-tumbuhan, biji benih, kulit dan bulu juga dilarang. Tiada had pada mata wang yang dibawa masuk tetapi anda dikehendaki mengisytiharkan jumlah wang yang melebihi $10,000. Untuk mendapatkan maklumat lanjut layarilah ke laman web Kawalan Kastam dan Sempadan Kerajaan Australia [www.customs.gov.au] dan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Australian Quarantine and Inspection Service) [www.daff.gov.au/aqis]

Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan [www.immi.gov.au] bertanggungjawab untuk mengeluarkan visa kepada mereka yang ingin melawat, bekerja, belajar atau tinggal di Australia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk menguruskan kemasukan dan penginapan mereka yang sah dan teratur di Australia, termasuk melalui jagaan keselamatan sempadan yang berkesan. Ia menyediakan maklumat dan borang permohonan penghijrahan ke Australia, dan maklumat mengenai menyesuaikan diri di Australia, kerakyatan Australia dan hal ehwal berbilang budaya.

Perkhidmatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Australia [www.customs.gov.au] menguruskan keselamatan dan kewibawaan sempadan Australia. Jabatan ini bekerjasama dengan agensi kerajaan dan antarabangsa yang lain, terutamanya Persekutuan Polis Australia, Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan, Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan dan Jabatan Pertahanan untuk mengesan dan menghindarkan kemasukan barangan dan orang yang tidak menurut undang-undang merentasi sempadan.[www.customs.gov.au]

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Australia (AQIS) [www.daff.gov.au/aqis] menguruskan kawalan kuarantin di sempadan Australia untuk mengurangkan risiko kemasukan haiwan perosak dan penyakit eksotik ke negara ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jabatan-jabatan Kerajaan Australia dan tanggungjawabnya, layari www.australia.gov.au

Idea Australia selanjutnya