Bekerja, khidmat sukarela dan belajar di Australia

Bekerja, khidmat sukarela dan belajar di Australia

Sertai golongan belia dan remaja yang berduyun-duyun memilih Australia untuk memenuhi impian percutian setahun, kerjaya, bercuti sambil bekerja atau belajar di luar negara. Australia menawarkan peluang yang tiada penghujung untuk pengembaraan lasak serta gaya hidup mesra dan santai.

Dapatkan maklumat mengenai visa percutian sambil bekerja, visa pengajian dan peluang kerja sukarela di Australia. Ketahui di mana mereka yang berkelana dan pengembara tinggal, meluangkan masa dan bergembira.

Bandar-bandar di Australia menawarkan gaya hidup mesra dan santai dengan warga yang ramah, di samping pesta-pestanya, enklaf bandar dan pasar yang bergaya. Ia membentuk latar belakang acara Australia yang terkemuka seperti Grand Prix, Sydney to Hobart Yacht Race dan Melbourne Cup. Bandar-bandar di Australia menjadi bertenaga dengan  minat mendalamwarga Australia terhadap semua jenis sukan. Terdapat pelbagai acara Australia yang unik yang berlaku di pedalaman Australia dan sepanjang jalur pantai seperti Piala Camel dan Pesta Gama di Wilayah Utara dan Cooly Classic di perairan lepas Gold Coast.

Australia adalah negara pengembaraan lasak, dan kami telah mengumpulkan beberapa cadangan agar anda boleh mulakan pengembaraan anda. Ikuti laluan unta melalui Gurun Simpson di Wilayah Utara, 4WD merentas Banharab Flinders yang berceranggah di Australia Selatan South Australia atau susuri Great Ocean Walk di Victoria. Ski atau luncur papan salji menuruni cerun pada musim dingin, lakukan treking melalui hutan hujan purba atau pilih salah satu pulau yang masih terpelihara untuk menggabungkan pengembaraan lasak dengan aktiviti santai sebenar. Anda boleh menyelam, bersnorkel, berkanu, berkayak dan meluncur air di sekeliling Australia.

Untuk benar-benar mengalami Australia, anda perlu mengembara. Lihat perjalanan jalan raya klasik dan perjalanan jalan kaki jarak jauh. Tinjau Benda yang Besar-besar di Australia sepanjang laluan jalur pantai yang mempesona dari Sydney ke Cairns, menapak di atas laluan jalur pantai Sydney Harbour atau memandu di atas Great Ocean Road dari Melbourne ke Adelaide.

Terokai wilayah wain kami yang cukup menakjubkan, termasuk Hunter Valley yang indah pemandangannya berhampiran dengan Sydney, Yarra Valley dekat Melbourne dan Swan Valley, tidak jauh dari Perth. Minum wain, makan, meluncur air dan menakik turun di wilayah Margaret River di Australia Barat atau lakukan lawatan sehari dari Adelaide ke Barossa Valley.

Ketahui mengenai tempat-tempat tersohor di Australia seperti Terumbu Sawar Besar yang tersenarai sebagai Warisan Dunia, Taman Negara Kakadu dan belantara Tasmania. Landskap Australia begitu meluas, dari Red Centre yang dianggap suci hinggalah ke Karang Ningaloo Australia Barat dan Alp Australia yang bergunung-ganang dengan puncak yang diliputi salji.

Baik bercuti, bercuti sambil bekerja atau melanjutkan pelajaran, banyak yang Australia boleh tawarkan.

Bergantung pada jenis percutian yang anda telah rancang, anda perlu menguruskan visa anda. Australia sangat besar, dan amat jauh dari banyak negara, jadi ramai pengunjung meluangkan masa yang agak lama di sini untuk benar-benar menikmatinya. Ketahui sekiranya anda layak untuk memohon Visa Cuti sambil Bekerja sepanjang setahun, dan bagaimana anda boleh melanjutkan masa anda di sini dengan bekerja di kawasan serantau. Di samping itu, ketahui lebih lanjut mengenai khidmat sukarela dan belajar di Australia – kedua-duanya cara yang hebat untuk menghayati kehidupan Australia dan memperkaya pengembaraan anda.

Pelajari lebih lanjut Bekerja, khidmat sukarela dan belajar di Australia

Sebelum mendarat di bumi Australia, dapatkan beberapa perkara keperluan asas orang berkelana. Ketahui mengenai penginapan bajet; terdapat pelbagai dari pub luar bandar klasik hinggalah ke asrama besar. Ketahui lebih lanjut mengenai pilihan menerokai Australia, sama ada anda mahu pengembaraan dengan pacuan empat roda, perjalanan dengan kereta api epik atau berkelana menggunakan bas biasa. Tingkatkan pengetahuan mengenai peraturan jalan raya Australia yang utama, ketahui di mana anda boleh log masuk menggunakan komputer riba anda dan dapatkan maklumat lengkap mengenai agensi-agensi pelancongan di Australia. Semuanya terdapat di sini, secara dalam talian!

Pelajari lebih lanjut Keperluan mereka yang berkelana

Sertai kumpulan pengembara beg galas di enklaf bandar Australia. Dari Pantai Bondi di Sydney ke Lembah Fortitude Brisbane, ini adalah tempat bagi golongan muda dan yang muda di hati singgah semasa pengembaraan mereka di Australia. Anda boleh menemui asrama, kehidupan malam, tempat menjamu selera dan minum serta komuniti yang menakjubkan. Berendam di pantai bersejarah Perth Fremantle atau alami pengalaman alternatif Melbourne di Fitzroy. Bertukar kisah pengembaraan di bawah pokok palma di sepanjang Mitchell Street di Darwin atau sepanjang esplanad di hadapan laut Cairns. Nikmati tarikan Adelaide dari yang bergaya, East End tengah, makan malam di Hobart’s Salamanca Place atau alami suasana kehidupan waktu malam yang bertenaga di Surfers Paradise.

Pelajari lebih lanjut Presint pengembara beg galas Australia

Tinggalkan gaya hidup rutin anda - Australia mempunyai gurun yang luas, gunung dengan puncak dilitupi salji, jalur pantai yang diukir lautan dan hutan hujan purba untuk anda menikmati kehidupan sebenar. Tunggangi motosikal Harley dari Sydney ke Melbourne atau naiki helikopter di antara cerun berdebu Victoria. Lihat Gurun Simpson di atas unta atau terapung di atas Canberra dalam belon udara panas. Kembara berjalan kaki menyusuri Great Ocean Walk di sepanjang Lautan Selatan atau mencelah melalui gua batu kapur di Sungai Margaret. Kembara berjalan kaki, tunggang motosikal atau kuda atau luncur gantung. Turuni gunung dengan tumpuan yang mendalam dan tali yang cukup tebal. Di Australia, tiada alasan untuk tidak melakukan semua ini.

Pelajari lebih lanjut Pengembaraan di Australia

Alami keseronokan dengan mana-mana aktiviti pengembaraan yang berlangsung di dalam, di atas dan di sekitar laluan air Australia. Berakit di jeram melalui tanah gersang warisan Dunia Tasmania atau belayar di Sydney Harbour. Menyelam di dalam sangkar dengan jerung putih hebat atau memancing barramundi yang cukup besar untuk anda banggakan. Tidak kira sama ada anda teringin sangat untuk meluncur ombak berkaca setinggi 10 kaki atau berkanu melalui gaung kuno yang temboknya mencuar tinggi, Australia adalah tempat untuk pencinta air dan mereka yang dahagakan cabaran. Berikut adalah beberapa cadangan untuk menyemarakkan lagi semangat kembara anda!

Pelajari lebih lanjut Pengembaraan di laluan air Australia

ustralia ialah sebuah negara besar yang amat menggemari ‘Benda Besar-Besar’ – arca teramat besar untuk memperingati segala-galanya, dari udang hinggalah ke nanas serta haiwan asal dan Ned Kelly. Anda akan menemuinya di sepanjang Pacific Coast Touring Route yang amat indah pemandangannya yang mengunjur dari Sydney ke Cairns. Terokai Hunter Valley, Byron Bay, Gold Coast yang berkilauan dan lihatlah keajaiban Pulau Fraser dan Terumbu Sawar Besar yang tersenarai sebagai Warisan Dunia. Berhenti untuk mengambil gambar Big Banana, but getah gergasi, burung undan raksasa dan berbagai-bagai monumen yang besar-besar belaka di sepanjang perjalanan. Tidak kira sama ada anda menganggapnya sebagai hasil seni di lebuh raya atau cuma satu jenaka, Benda Besar-besar ini berbaloi dicari di sepanjang perjalanan berkenderaan yang amat mempesona ini.

Pelajari lebih lanjut The BIG Pacific Coast Touring Route

Terdapat pelbagai pilihan untuk berjalan di Australia, samalah seperti negeri ini yang penuh kepelbagaian. Pilih perjalanan yang sesuai untuk percutian anda sama ada anda ada dua minggu untuk menikmati pemandangan di sini atau enam bulan untuk menjelajah negeri ini dengan campervan. Memandu kereta, naik kapal terbang, belayar, naik kereta api atau berjalan di laluan epik.

Pelajari lebih lanjut Menerokai Australia