Keperluan mereka yang berkelana

Keperluan mereka yang berkelana

Sebelum mendarat di bumi Australia, dapatkan beberapa perkara keperluan asas orang berkelana. Ketahui mengenai penginapan bajet; terdapat pelbagai dari pub luar bandar klasik hinggalah ke asrama besar. Ketahui lebih lanjut mengenai pilihan menerokai Australia, sama ada anda mahu pengembaraan dengan pacuan empat roda, perjalanan dengan kereta api epik atau berkelana menggunakan bas biasa. Tingkatkan pengetahuan mengenai peraturan jalan raya Australia yang utama, ketahui di mana anda boleh log masuk menggunakan komputer riba anda dan dapatkan maklumat lengkap mengenai agensi-agensi pelancongan di Australia. Semuanya terdapat di sini, secara dalam talian!

Penginapan – di mana untuk bermalam
Penginapan – di mana untuk bermalam

Penginapan – di mana untuk bermalam

Apabila memperkatakan tentang penginapan bajet, Australia mempunyai banyak pilihan. Terdapat asrama di setiap bandar besar dan pusat pelancong, dan persaingan yang sengit memastikan standard yang tinggi dikekalkan. Berkhemah dan menaiki karavan merupakan cara yang hebat untuk melihat pemandangan luar Australia yang amat menakjubkan. Pasang khemah anda di taman negara atau menuju ke salah sebuah taman perkhemahan dan karavan yang dilengkapi kemudahan. Anda juga boleh tinggal di motel, pub luar bandar (berbagai-bagai jenis dari kedesaan hingga romantik) dan rumah sewa waktu cuti (pilihan berhemat bagi kumpulan besar). Anda juga boleh mendalami pengalaman Australia anda, belajar kemahiran baru, dengan tinggal di ladang atau stesen pedalaman yang luas terbentang.

Melancong – berjalan-jalan
Melancong – berjalan-jalan

Melancong – berjalan-jalan

Australia ialah sebuah negara yang luas dengan pelbagai cara untuk menerokainya. Sewa kereta,  pacuan empat rodaatau van khemah dan selami pemandangan indah negara ini dalam perjalanan yang anda pasti sukar lupakan. Atau jika anda ingin meliputi jarak yang lebih besar dalam tempoh yang singkat, tempahlah penerbangan dengan syarikat penerbangan domestik Australia. Ia menyambungkan bandar raya utama dan pusat serantau. Perjalanan dengan kereta api menawarkan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam mengenai saiz dan kepelbagaian Australia yang unik, manakala perjalanan dengan koc dan bas merupakan pilihan mudah dan menjimatkan. Ingin membuat perjalanan melintasi perairan? Cuba feri di antara Melbourne dan Devonport atau belayar mengelilingi tempat terkenal seperti Terumbu Sawar Besar (Great Barrier Reef), Kimberley dan Top End yang beriklim tropika.

Undang-undang memandu – mematuhi perjalanan jalan raya
Undang-undang memandu – mematuhi perjalanan jalan raya

Undang-undang memandu – mematuhi perjalanan jalan raya

Anda perlu mengetahui peraturan jalan raya sebelum memulakan perjalanan di atas jalan raya klasik Australia. Warga Australia memandu di sebelah kiri jalan, dengan stereng di sebelah kanan kereta. Kelajuan maksimum di bandar dan pekan adalah 60km/j dan di sesetengah kawasan pinggir bandar 50km/j. Di jalan desa dan lebuh raya, kelajuan maksimum biasanya ialah 110km/j. Untuk keselamatan anda, undang-undang jangan pandu ketika mabuk adalah berkuatkuasa, dan pemandu serta penumpang mesti memakai tali pinggang keledar setiap masa. Pemandu motosikal dan basikal mesti memakai topi keledar. Pelawat antarabangsa boleh memandu di Australia dengan lesen pemandu luar negara yang sah untuk kelas kenderaan yang sama. Anda hendaklah membawa kedua-dua lesen tempatan dan lesen antarabangsa anda ketika memandu.

Melancong – melihat tempat-tempat menarik
Melancong – melihat tempat-tempat menarik

Melancong – melihat tempat-tempat menarik

Menempah pelancongan amat mudah di Australia yang mempunyai infrastruktur pelancong yang sangat tersusun. Berbagai-bagai syarikat menyediakan khidmat untuk pengembara remaja yang mencari aktiviti lasak, terutamanya ke destinasi popular seperti Uluru dan Terumbu Sawar Besar (Great Barrier Reef). Jika anda mempunyai masa yang terhad atau melancong bersendirian, pelancongan dalam kumpulan kecil merupakan cara melihat tempat menarik ini dengan lebih mudahdan menjimatkan sambil berjumpa pengembara lain. Atau anda mungkin lebih suka bas biasa yang membawa anda dari A ke B tanpa kekangan pelancongan tersusun. Sesetengah syarikat mungkin memberi diskaun kepada para pelajar dan pengembara hostel.

Akses internet & telefon bimbit – log masuk
Akses internet & telefon bimbit – log masuk

Akses internet & telefon bimbit – log masuk

Anda tidak akan menghadapi masalah log masuk ke internet di Australia. Terdapat banyak kafe internet di bandar-bandar, pekan besar dan  pusatpelancong utama. Kebanyakan hotel, asrama, tapak perkhemahan dan taman karavan menyediakan internet di tapak. Di tempat yang sangat terpencil, anda boleh cuba mendapatkan akses di pusat telekomunikasi atau perpustakaan tempatan. Melancong sambil membawa komputer riba anda? Daftarlah dengan pelan jalur lebar Australia atau gunakan hot spot wayarles di asrama, kafe, restoran dan rantaian makanan segera di seluruh bandar dan hab pelancong dan perniagaan di sini. Akses telefon bimbit mungkin sukar didapati di kawasan terpencil atau di tengah-tengah hutan.

Idea Australia selanjutnya