Presint pengembara beg galas Australia

Presint pengembara beg galas Australia

Sertai kumpulan pengembara beg galas di enklaf bandar Australia. Dari Pantai Bondi di Sydney ke Lembah Fortitude Brisbane, ini adalah tempat bagi golongan muda dan yang muda di hati singgah semasa pengembaraan mereka di Australia. Anda boleh menemui asrama, kehidupan malam, tempat menjamu selera dan minum serta komuniti yang menakjubkan. Berendam di pantai bersejarah Perth Fremantle atau alami pengalaman alternatif Melbourne di Fitzroy. Bertukar kisah pengembaraan di bawah pokok palma di sepanjang Mitchell Street di Darwin atau sepanjang esplanad di hadapan laut Cairns. Nikmati tarikan Adelaide dari yang bergaya, East End tengah, makan malam di Hobart’s Salamanca Place atau alami suasana kehidupan waktu malam yang bertenaga di Surfers Paradise.

Jika anda berada di Sydney untuk menikmati kehidupan di pantai, anda mungkin tertarik untuk pergi ke Bondi, Coogee atau Manly. Hanya 30 minit dari bandar, pantai terkemuka Bondi merupakan pusat bagi pengembara beg galas, pengembara spontan dan penggemar fesyen. Terdapat bar yang meriah, kafe bergaya boho dan tempat membeli-belah jalanan. Datanglah ke sini untuk parti pantai Krismas pengembara beg galas, festival filem Flickerfest pada bulan Januari atau perlumbaan City to Surf pada bulan Ogos. Di sepanjang pesisir timur Sydney ialah lokasi Coogee, tempat bagi keluarga dan pengembara. Berenang di laut yang tenang atau mandian bersejarah dan berjalan di laluan pesisir pantai yang indah ke Teluk Gordons untuk bersnorkel dan menyelam. Merentasi pelabuhan, semenanjung Manly yang indah hanya 30 minit perjalanan menaiki feri dari Circular Quay. Meluncur ombak lautan atau berenang di lautan dan pantai di pelabuhan. Manly menjadi lebih hebat selepas waktu senja, di mana anda boleh berjalan kaki ke bar wain, pub dermaga, gerai burger dan restoran di tempat terbuka.

Jika anda mahu berada di tempat-tempat ini, cubalah kampung di dalam bandar Glebe, Newtown atau Kings Cross. Perjalanan singkat menaiki bas dari bandar, Glebe merupakan lokasi kepada komuniti pelajar, akademik, aktivis dan generasi zaman baru. Sertai mereka di pasar Sabtu yang popular yang menjual baju vintaj dan buatan tangan serta barangan terpakai. Atau pergi ke Glebe Point Road, melalui kedai kesihatan dan makanan, kedai buku, pub yang mesra pelanggan dan restoran etnik yang murah. Keadaan yang sama terdapat di Newton yang berdekatan, namun King Street lebih panjang dan memiliki butik dan pilihan restoran eksotik yang hampir tidak berkesudahan. Pergi ke bar gay dan fesyen jalanan anarki. Jika tidur bukan satu keutamaan, pergilah ke King Cross, lokasi kebanyakan kelab malam Sydney. Kelab tarian bogel yang hangat berada berdekatan dari barisan pokok Potts Point yang elegan dan dermaga Teluk Elizabeth dengan deli, kafe bar wain serta restoran, deretan rumah yang bersejarah dan pangsapuri dekor-seni.

Anda bebas di Fitzroy, pusat seni bandaraya yang terkenal dengan kebolehan artistiknya. Nikmati sarapan sepanjang hari atau burger vegetarian, membeli belah untuk fesyen yang dikitar semula, nikmati persembahan muzik langsung atau perhatikan orang ramai yang bersifat eklektik. Sepanjang jalan utama Brunswick Street, gadis-gadis ranggi boleh dilihat menghirup kopi latte di samping golongan korporat dan kedai barangan terpakai yang terdapat bersebelahan butik terkenal. Anda akan menjumpai galeri, pasar artis, pub dengan makanan hebat dan banyak kawasan rekreasi waktu malam yang bertenaga. Melbourne Spring Festival membawa sarkas, pertunjukan kabaret, muzik dan tarian serta komedi ke sini dari bulan September ke Oktober. Kunjungilah Getrude Street yang terletak berhampiran untuk buku khas, pakaian ranggi dan rantaian kedai makanan dan minuman. Atau cuba tempat makan etnik yang murah dan restoran makanan kesihatan di sepanjang jalan Smith dan Johnson. Jalan Johnston – Kawasan Spanish Melbourne – dipenuhi dengan bar tapas dan flamenco serta menjadi lokasi kepada perayaan Hispanic-Latin-American pada bulan November. Beberapa trem dan bas bergerak sepanjang laluan Fitzroy dan bandaraya.

Orang muda dan muda di hati mengerumuni St Kilda untuk menikmati pemandangan jalan raya yang bersemangat, kedai kek yang bersinar dan hiburan malam yang riang. St Kilda mempunyai keanggunan klasikal yang menawan – hasil daripada menjadi tempat peranginan tepi pantai untuk penduduk kaya Melbourne sekitar tahun 1940an dan pusat untuk kumpulan yang lebih lusuh dalam era 60an dan 70an. Bersantai bersama penduduk tempatan, berjalan dan berbasikal sepanjang persiaran atau berlayar bot, melayar angin atau bermain kite board. Naiki roller coaster lama yang dibina daripada kayu di Luna Park, dengan gambar muka ketawa ikonik yang dibina pada 1912. Nikmati hidangan hebat di sepanjang kawasan dermaga atau restoran jalanan atau nikmati muzik di salah satu pub yang telah menjadi terkenal di Melbourne. Nikmati kek di kedai patisserie bergaya Eropah lama di Auckland Street atau sertai hiburan malam 24-7 di Fitzroy Street. Jangan terlepas St Kilda Festival pada penghujung bulan Januari – seminggu penuh dengan persembahan muzik langsung dan perayaan am.

Northbridge mungkin kawasan pengembara beg galas terbesar di Perth  yang menyediakan banyak hostel dan kawasan parti yang tidak mahal. Lawati restoran mewah di sekitar Jalan James, Lake dan William. Berdekatan Leederville dan Subiaco juga terdapat cafe, bar dan tempat makan yang menawan. Kawasan yang terletak di luar CBD tetapi lebih menawan ialah pelabuhan bersejarah ‘Freo’ atau Fremantle. Dengan galeri seni, sejarah maritim yang menawan dan kumpulan muzik langsung yang hebat, anda tidak akan jemu. Berjalan-jalan di sepanjang jalan bertaraf warisan, yang pada hujung minggu hidup dengan pasar dan pemusik jalanan dan ahli silap mata. Juga lawati Cappucino Strip yang aktif, nikmati hidangan makanan laut segar di Fishing Boat Harbour, lawati tempat pembuatan minuman keras skala mikro atau minum di dalam pub bersejarah. Jika anda peminat setia kawasan pantai, anda mungkin lebih suka tinggal di salah satu hostel sepanjang Cottesloe Beach. Habiskan masa anda dengan berenang, bermain snorkel atau meluncur air sebelum melihat matahari turun ke dalam Lautan Hindi dari pub tepi pantai.

Fortitude Valley – atau hanya dikenali sebagai  the Valley kepada penduduk tempatan - ialah di mana anda akan menemui nadi hiburan malam Brisbane dan gabungan budaya. Jalan yang dahulunya berbahaya kini dipenuhi kedai fesyen, panggung, tempat muzik langsung, banyak tempat hebat untuk makan dan juga pub, kelab dan bar. Kawasan ini telah dinaik taraf, tetapi mengekalkan komuniti pelbagai budaya yang hebat dan dengan gaya seni. Nikmati hidangan hebat Asian di Chinatown, di mana anda boleh mengikuti kelas tai-chi pada hari Ahad. Atau melencong dari pusat membeli belah dan jelajahi kawasan masakan Greek dan Itali. Membeli belah untuk rekaan pereka tempatan yang hebat di butik sepanjang Jalan Ann dan Brunswick atau di pasar minggu di Chinatown. Tontoni wayang seni di panggung wayang James Street dan jalan sepanjang laluan pejalan kaki yang terapung ke New Farm. Anda akan jumpa banyak hostel di sini dan kebanyakan tempat minum tempatan menawarkan tawaran istimewa untuk pengembara beg galas.

Aktiviti pengembara beg galas di Darwin amat aktif di Mitchell Street – kawasan yang dilindungi pokok palma dengan hostel, hotel, kafe dan pejabat perlancongan di dalam pusat bandaraya yang padat. Anda boleh berjumpa dengan kebanyakan pelancong di sini, membaca buku panduan pelancongan, menempah rombongan ke Kakadu atau bersantai dengan minuman sejuk di bawah sinar panas matahari tropika. Naiki bas ulang-alik daripada lapangan terbang dan akan berada di tengah-tengah aksi dalam masa 15 minit. Untuk hiburan malam, anda tidak perlu cari di tempat lain. Terdapat panggung wayang, bar billiard, pub terbuka dan restoran yang menawarkan makanan dengan harga murah. Kebanyakan staf adalah pelancong jangka lama yang menambah kepada suasana tempat percutian yang cergas. Tempah pelancongan anda dari salah satu dari operator pelancongan yang banyak di sini. Ambil perjalanan seharian ke Tiwi Islands atau Litchfield National Park yang subur atau cuba pengembaraan di Kakadu National Park. Terdapat pelayaran bot, pengembaraan berjalan kaki merentas hari, lawatan kebudayaan Aboriginal, perjalanan  pacuan empat roda dan penerbangan helikopter.

Anda berada dalam jarak berjalan kaki ke kebanyakan tarikan-tarikan Adelaide di East End yang kosmopolitan. Lawati galeri, muzium dan bangunan kolonial yang anggun sepanjang North Terrace. Selain itu, anda juga boleh menyewa  basikal dan merentasi Rymill Park dan Botanic Gardens, di mana perayaan muzik WOMAdelaide diadakan setiap dua hari bulan Mac. Kawasan ini juga penuh dengan pilihan makanan. Lawati Rundle Street untuk kafe yang bergaya, bar wain dan restoran atau ke Gouger Strret untuk makanan Asia yang panas dan murah. Untuk makanan segar anda tidak boleh melawan suasana di Central Market. Banyak pelancong juga tinggal di bandaraya pelancongan tepi laut Glenelg – 25 minit dari bandaraya dengan menaiki trem antik tahun 1929. Terdapat banyak hostel di sini, hotel menawan dan perniagaan sibuk dengan kedai, kafe laluan jalan kaki dan hiburan musim panas. Belajar untuk berlayar, berenang dengan dolfin liar dan melihat anjing laut dengan mengikuti pelayaran hidupan liar dan nikmati pemandangan matahari terbenam yang hebat.

Anda tidak perlu risau mengenai mencari tempat untuk makan atau minum di Cairns. Ini adalah bandar parti yang tidak malu dan lapan blok di antara esplanad pesisir pantai dan Mcleod Street merupakan kawasan sosial yang besar. Sepanjang esplanad, pengembara beg galas berjemur di bawah matahari, berenang dalam lagun air masin yang besar dan berbincang mengenai pengalaman mereka dalam pelbagai bahasa. Kawasan persisiran air ini dibarisi hotel mewah, restoran dan bar, sementara jalan di belakang dipenuhi dengan tempat yang lebih mengutamakan penjimatan. Bergerak di antara bar billiard hostel, nikmati musik langsung di taman bir atau menari kepada rentak DJ tempatan di ruang koktel atau kelab besar. Anda boleh menjumpai kafe untuk hidangan cepat dan makanan pagi besar dan juga buffet global restoran. Terdapat banyak operator pakej pelancongan untuk anda tempah rombongan ke Great Barrier Reef, Kuranda Rainforest dan Daintree yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia.

Dahulunya kawasan kelasi, pemburu ikan paus dan buruh, kawasan batu buntar Salamanca Place yang cantik kini rumah kepada banyak hostel dan kawasan untuk makan dan minum. Gudang Georgian telah direka semula sebagai galeri, panggung, kafe, bar dan restoran dengan kaca dan krom berkilauan di atas batu pasir 1830an. Lihat melalui hasil seni artis tempatan di pasar Sabtu yang sibuk, minum kopi di bawah payung matahari yang besar atau rasai bir Tasmania di salah satu pub bersejarah. Lihat persembahan kugiran tempatan di Salamanca Arts Center atau berjalan melepasi persembahan musik jalanan. Di kawasan dermaga anda akan menjumpai lagi satu kawasan restoran yang popular. Pilih jeti dan nikmati makanan laut Tasmania yang segar. . Hanya perjalanan pendek menaiki teksi, North Hobart juga ialah  pusatuntuk generasi muda  yang mempunyai banyak bar memainkan musik langsung dan restoran etnik yang memberikan nilai yang baik, terutamanya sepanjang Elizabeth Street.

Dengan pantainya yang cantik, gaya hidup era baru dan latar muzik yang bertenaga, Byron Bay ialah tempat hentian pelancong yang terkenal sepanjang pantai timur Australia. Ombak besar di Pass dan Watego Beach telah menarik minat peluncur air untuk bertahun lamanya, tetapi artis, penulis, orang hipi dan bomoh juga tinggal di sini. Berenang dengan dolfin di Main Beach atau menyusuri Cape Byron Walking track ke rumah api di titik paling timur di Australia. Bandingkan sarapan pagi besar di kafe – kafe yang bagus dan bergaul dengan peluncur air profesional dan model di bar sepanjang Johnson Street. Pelawat dari semua tempat berkumpul di Byron untuk parti jalanan sambutan tahun baru yang amat besar dengan penari dan DJ. Byron juga merupakan destinasi besar untuk perayaan muzik. The International Blues & Roots Music Festival berlangsung setiap Easter dan kugiran dari semua tempat datang untuk Splendour in the Grass semasa bulan Ogos. Pesta Penulis Byron Bay pada bulan Julai juga menarik perhatian orang ramai.

Presint pengembara beg galas Australia

Idea Australia selanjutnya