Bekerja, khidmat sukarela dan belajar di Australia

Bekerja, khidmat sukarela dan belajar di Australia

Bergantung pada jenis percutian yang anda telah rancang, anda perlu menguruskan visa anda. Australia sangat besar, dan amat jauh dari banyak negara, jadi ramai pengunjung meluangkan masa yang agak lama di sini untuk benar-benar menikmatinya. Ketahui sekiranya anda layak untuk memohon Visa Cuti sambil Bekerja sepanjang setahun, dan bagaimana anda boleh melanjutkan masa anda di sini dengan bekerja di kawasan serantau. Di samping itu, ketahui lebih lanjut mengenai khidmat sukarela dan belajar di Australia – kedua-duanya cara yang hebat untuk menghayati kehidupan Australia dan memperkaya pengembaraan anda.

ETA Australia
ETA Australia

ETA Australia

Jika anda mengunjungi Australia kurang daripada tiga bulan dan tidak berhasrat untuk bekerja sewaktu anda berada di sana, anda cuma perlukan ETA (Kebenaran Perjalanan Elektronik). Ejen pelancongan anda akan mengeluarkan ETA anda bersama tiket kapal terbang atau jika anda seorang warga EU, anda boleh memohon dalam talian secara percuma. ETA membolehkan anda bercuti di Australia sehingga tiga bulan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat:
https://www.eta.immi.gov.au/ETA/etas.jsp

Visa Bercuti sambil Bekerja Australia
Visa Bercuti sambil Bekerja Australia

Visa Bercuti sambil Bekerja Australia

Jika anda berusia di antara 18 hingga 30 tahun dan merancang untuk menikmati pengalaman jangka panjang di Australia, anda mungkin layak untuk memohon Visa Bercuti sambil Bekerja supaya anda boleh bekerja sepanjang waktu ini. Proses permohonan dalam taliannya mudah dan ringkas, dan perlu disempurnakan sebelum anda tiba. Dalam ruang lingkup visa ini, anda boleh tinggal di Australia sehingga 12 bulan dan bekerja dalam tempoh tersebut. Anda boleh bekerja dalam tempoh maksimum enam bulan dengan mana-mana majikan. Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan Kerajaan Australia ( DIAC) mengeluarkan Visa Bercuti sambil Bekerja kepada pemegang pasport Eropah, Hong Kong, Jepun, Korea, Taiwan dan Kanada yang berusia di antara 18 hingga 30 tahun. Pelajar institusi pengajian tinggi yang berusia 18 hingga 30 tahun dari Chile, Indonesia, Malaysia, Thailand, Turki atau AS juga layak untuk Visa Bercuti sambil Bekerja.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat:
http://www.immi.gov.au/visitors/working-holiday

Visa Bercuti sambil Bekerja Kedua & Bekerja di Pusat Serantau
Visa Bercuti sambil Bekerja Kedua & Bekerja di Pusat Serantau

Visa Bercuti sambil Bekerja Kedua & Bekerja di Pusat Serantau

Anda berharap agar dapat bekerja dan mengembara di Australia lebih daripada setahun? Mereka yang Bercuti sambil Bekerja yang melakukan kerja bermusim selama tiga bulan di pusat serantau Australia layak untuk memohon untuk Visa Bercuti sambil Bekerja Kedua dengan tempoh 12 bulan lagi. Jadi kerja anda mengumpul anggur atau memetik kapas mungkin membolehkan anda boleh tinggal setahun lagi di negara ini! Harvest Trail menghubungkan pengembara dengan pekerjaan menuai di seluruh negara. Anda mungkin mencantas reranting lembut anggur di Margaret River, mengumpul epal di Adelaide Hills atau memungut mangga di Mareeba. Musimnya berbeza di wilayah yang berbeza, menjadikannya mudah untuk anda berjalan ke seluruh negara mengikut rentak anda sendiri. Anda tidak akan mengambil laluan yang dilalui oleh pelancong biasa dan berpeluang menemui peribadi Australia sebenar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat:
http://www.immi.gov.au/e_visa/working-holiday.htm

Memberi Khidmat Sukarela di Australia
Memberi Khidmat Sukarela di Australia

Memberi Khidmat Sukarela di Australia

Memberi khidmat sukarela adalah peluang yang baik untuk melibatkan diri dalam komuniti setempat dan mendalami pengalaman Australia anda. WWOOF (Pekerja Rela di Ladang Organik) menempatkan pengembara di ladang organik, di mana peladangnya memberi kerja fleksibel dengan penginapan dan makanan sebagai ganjarannya. Anda dijangka bekerja separuh hari untuk penginapan sehari suntuk. Model ini digunakan dalam pelbagai peranan sukarela lain, dari menyelamatkan penyu di Cape York hinggalah menganjurkan pesta seni di Arnhem Land. Anda juga boleh mendaftar untuk Khidmat Sukarela Pemuliharaan dan bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan yang membantu memulihara ekosistem Australia yang tidak ternilai. Makanan, penginapan dan perjalanan ke dan dari projek akan disediakan. Terdapat juga pelbagai organisasi global yang menawarkan pengembaraan penyelidikan secara sukarela dan percutian khidmat sukarela di Australia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat:
http://www.wwoof.com.au

Belajar di Australia
Belajar di Australia

Belajar di Australia

Ingin belajar di Australia? Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan Kerajaan Australia (DIAC) akan memberi anda visa pelajar jika anda mendaftar untuk kursus yang didaftarkan, atau sebahagian daripada kursus yang didaftarkan, secara sepenuh masa. Bagi kursus kurang daripada tiga bulan, anda boleh mendaftar untuk Visa Bercuti sambil Bekerja. Di bawah visa pelajar, anda mendapat akses kepada subsidi perlindungan kesihatan Australia dan boleh memohon kebenaran untuk bekerja separuh masa. Australia menawarkan pelbagai kursus dan mempunyai reputasi kecemerlangan akademik di peringkat antarabangsa.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat:
http://www.studyinaustralia.gov.au

Idea Australia selanjutnya