Program Bercuti Sambil Bekerja - Soalan Lazim

Razorback, Victoria’s High Country, VIC. © Tourism Victoria & Mark Watson

Program Bercuti Sambil Bekerja - Soalan Lazim

Merancang untuk bercuti sambil bekerja di Australia? Berikut merupakan beberapa jawapan bagi soalan lazim, serta panduan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bekerja secara sah di Australia

Jika anda berniat untuk bekerja semasa anda sedang bercuti di Australia, anda hendaklah memohon visa yang betul sebelum anda tiba. Kerajaan Australia mempunyai undang-undang yang ketat berkenaan pekerjaan bukan warganegara dan hukuman kerana menyalahi undang-undang. Ini meliputi semua jenis pekerjaan sama ada kerja sepenuh masa, separuh masa, sambilan, syif dan sukarela.

Untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang bekerja di Australia, termasuk visa Bercuti Sambil Bekerja, dan untuk mengetahui visa yang bersesuaian dan syarat kelayakan, lawati laman web Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Kerajaan Australia di:
www.immi.gov.au/Work/Pages/Work.aspx.

Apakah visa Bercuti Sambil Bekerja?

Australia menawarkan program Bercuti Sambil Bekerja yang membolehkan pengembara muda dari negara yang mengambil bahagian, untuk melanjutkan cuti mereka di Australia dan mendapatkan wang melalui pekerjaan jangka pendek. Terdapat dua jenis visa Bercuti Sambil Bekerja: Visa Cuti Sambil Bekerja (Subkelas 417) dan visa Bekerja dan Bercuti (Subkelas 462). Visa yang anda perlu pohon bergantung pada negara tempat tinggal anda. Jenis visa ini membolehkan anda tinggal dan bekerja di Australia sehingga 12 bulan. Untuk butiran, lawati: http://www.immi.gov.au/visitors/working-holiday.

Adakah terdapat had umur bagi visa bercuti sambil bekerja?

Anda mestilah berumur antara 18 dan 30 tahun semasa memohon visa anda. Dapatkan butiran lanjut di http://www.immi.gov.au/visitors/working-holiday/

Rakyat negara manakah yang boleh memohon visa bercuti sambil bekerja?

Negara yang mengambil bahagian dalam program Bercuti Sambil Bekerja dan program Bercuti dan Bekerja buat masa ini termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Argentina, Uruguay, Chile, Republik Ireland, Itali, Poland, Turki, Republik Cyprus, Belgium, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Malta, Belanda, Norway, Sweden, Indonesia, Malaysia, Thailand, Hong Kong, Jepun, Republik Korea, Taiwan dan Bangladesh.

Untuk mengetahui negara/wilayah yang mengambil bahagian dalam program bercuti sambil bekerja dan visa yang betul untuk dimohon, lawati: https://www.immi.gov.au/visitors/working-holiday/visa-options.htm

Berapakah kos visa bercuti sambil bekerja?

Terdapat bayaran yang tidak akan dikembalikan apabila anda mengemukakan permohonan anda. Untuk kos permohonan visa bercuti sambil bekerja semasa, lawati: http://www.immi.gov.au/Help/Pages/fees-charges/visa.aspx

Berapa lamakah tempoh sah visa bercuti sambil bekerja?

Sebaik sahaja anda dianugerahkan visa bercuti sambil bekerja, anda mempunyai tempoh masa 12 bulan untuk tiba di Australia. Anda dibenarkan tinggal paling lama 12 bulan sejak tarikh anda memasuki negara ini. Untuk butiran, lawati http://www.immi.gov.au/visitors/working-holiday/

Bolehkah saya meninggalkan Australia sekali lagi selepas saya masuk menggunakan visa bercuti sambil bekerja?

Anda boleh meninggalkan dan memasuk semula ke Australia beberapa kali selagi visa itu sah. Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.immi.gov.au/visitors/working-holiday.

Berapa lamakah boleh saya bekerja menggunakan visa bercuti sambil bekerja?

Anda boleh bekerja sementara di Australia sehingga enam bulan dengan mana-mana satu majikan. Anda boleh juga belajar sehingga empat bulan. Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.immi.gov.au/visitors/working-holiday.

Bolehkah saya tinggal lebih lama?

Jika anda memegang (atau sebelum ini telah memegang) visa Bercuti Sambil Bekerja (Subkelas 417) dan bekerja di kawasan rantau Australia, anda boleh memohon untuk melanjutkan lawatan anda selama 12 bulan lagi dengan visa bercuti sambil bekerja yang kedua. Untuk melayakkan diri, anda hendaklah menyelesaikan tiga bulan bekerja dalam pekerjaan yang dinyatakan di kawasan rantau Australia yang layak semasa memegang visa Bercuti Sambil Bekerja anda yang pertama. Semak untuk memastikan bahawa kerja yang anda buat dan kawasan rantau Australia tersebut layak mengikut garis panduan ini. Tempoh masa penginapan anda di Australia jika anda dianugerahkan visa Bercuti Sambil Bekerja bergantung pada keadaan anda semasa anda memohon. Terdapat hukuman berat jika visa Bercuti Sambil Bekerja anda luput tarikh dan anda belum meninggalkan Australia atau memohon visa lain. Anda juga mungkin tidak akan dibenarkan untuk kembali ke Australia dalam tempoh masa tertentu. Anda boleh memohon visa Bercuti Sambil Bekerja kedua sama ada anda masih mempunyai visa Bercuti Sambil Bekerja atau setelah visa anda luput tarikh. Untuk maklumat lanjut lawati: www.immi.gov.au/Visas/Pages/417.aspx

Adakah pilihan lain untuk tinggal lebih lama, seperti dengan ditaja?

Mungkin terdapat pilihan jika anda ingin tinggal sementara atau selama-lamanya pada penghujung cuti sambil bekerja anda. Untuk mengetahui visa yang bersesuaian dan syarat kelayakan, lawati: http://www.immi.gov.au/Work/Pages/Work.aspx atau http://www.immi.gov.au/Visas/Pages/Find-a-visa.aspx

Bagaimanakah cara memohon visa bercuti sambil bekerja?

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan. Anda boleh memohon dalam talian, melalui pos atau kurier selepas mengisi borang yang berkaitan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memohon, lawati: http://www.immi.gov.au/Visas/Pages/417.aspx atau http://www.immi.gov.au/Visas/Pages/462.aspx

Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan visa bercuti sambil bekerja saya?

Visa Bercuti Sambil Bekerja (Subkelas 417) dan Visa Bercuti dan Bekerja (Subkelas 462) biasanya boleh dikeluarkan dalam masa enam hari. Visa Bercuti Sambil Bekerja Kedua akan mengambil masa 14-21 hari untuk diproses. Masa pemprosesan boleh dipengaruhi oleh faktor seperti tahap kesempurnaan aplikasi yang diserahkan dan penyemakan tambahan yang dijalankan oleh pegawai pemproses visa, seperti yang berkaitan kesihatan dan karakter. Untuk maklumat lanjut, lawati: https://www.immi.gov.au/about/charters/client-services-charter/.

Apakah jenis kerja yang saya boleh jangkakan semasa saya bercuti sambil bekerja?

Anda boleh membuat sebarang kerja yang menurut undang-undang dengan visa bercuti sambil bekerja anda termasuk kerja sepenuh masa, separuh masa, sambilan, syif dan kerja sukarela. Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam industri pelancongan, hospitaliti dan pertanian, sebagai contoh.

Di manakah boleh saya dapatkan maklumat tentang kerja kosong?

Tourism Australia telah bekerjasama dengan agensi pengambilan pekerja monster.com untuk mewujudkan laman web kerja kosong yang tersedia untuk pelawat yang bercuti sambil bekerja.

Maklumat tentang peluang kerja menuai di kawasan rantau Australia boleh didapati di laman web Harvest Trail Kerajaan Australia. www.harvesttrail.gov.au

Bolehkah saya belajar semasa saya bercuti sambil bekerja?

Anda boleh belajar sehingga empat bulan sepanjang visa 12 bulan anda. Program bercuti sambil bekerja tidak sesuai untuk mereka yang ingin belajar sepenuh masa di Australia. Jika sebab utama anda datang ke Australia adalah untuk belajar, anda hendaklah bertanya tentang visa pelajar yang mungkin lebih sesuai bagi anda.Lawati: http://www.immi.gov.au/Study/Pages/Study.aspx.

Saya ingin belajar di Australia, di manakah boleh saya mendapatkan maklumat lanjut?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.studyinaustralia.gov.au

Berapa banyakkah wang yang perlu saya bawa ke Australia semasa lawatan bercuti sambil bekerja?

Untuk permohonan visa bercuti sambil bekerja, anda mesti menunjukkan bahawa anda boleh mendapatkan dana yang mencukupi untuk menyara diri anda pada peringkat permulaan cuti anda. Anda juga perlu mempunyai tiket pulang balik atau untuk meneruskan perjalanan atau dana yang cukup untuk tambang bagi meninggalkan Australia. Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.immi.gov.au/Visas/Pages/417.aspx atau http://www.immi.gov.au/Visas/Pages/462.aspx

Berapakah gaji yang boleh saya dapatkan?

Undang-undang Australia telah menetapkan kadar gaji dan syarat penggajian. Untuk mendapatkan contoh gaji merentasi sebilangan industri, lawati http://www.fairwork.gov.au/Pages/default.aspx

Cukai akan ditolak daripada keseluruhan wang yang anda peroleh. Anda juga perlu membuka akaun bank Australia dan mendapatkan nombor fail cukai sebelum anda memulakan kerja.

Bagaimanakah caranya untuk membuka akaun bank Australia?

Anda boleh membuka akaun bank semasa anda tiba, hanya lawati sebuah bank dengan membawa pasport dan dokumen yang sesuai. Kebanyakan bank akan memudahkan proses ini untuk pelawat yang memegang visa bercuti sambil bekerja dengan syarat mereka membuka akaun dalam tempoh 28 hari sejak ketibaan mereka di Australia. Australian Bankers Association menyediakan maklumat bebas yang berguna untuk membantu anda memilih akaun bank yang paling sesuai untuk anda. www.bankers.asn.au

Australia Post juga menyediakan perkhidmatan bank bagi pihak bank dan institusi kewangan, jadi anda boleh menggunakan kad kredit atau debit anda untuk memasukkan dan mengeluarkan wang, bertanya tentang baki akaun, membayar bil kad kredit dan menghantar wang ke luar negeri. www.auspost.com.au

Bagaimanakah cara memohon Nombor Fail Cukai?

Jika anda mempunyai visa yang sah yang telah dikeluarkan untuk membolehkan anda bekerja di Australia, anda boleh memohon Nombor Fail Cukai Australia dalam talian melalui laman web Pejabat Percukaian Australia https://www.ato.gov.au/Forms/Permanent-migrants-or-temporary-visitors---online-TFN-application/

Di manakah boleh saya mengetahui pengalaman orang lain semasa bercuti sambil bekerja di Australia?

Ketahui dari orang yang telah pun berada di Australia menggunakan Visa Bercuti Sambil Bekerja di http://www.australia.com/whv-videos-uk.aspx atau http://www.facebook.com/AustralianWorkingHoliday

Helaian fakta mengenai program bercuti sambil bekerja turut tersedia di laman web Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di: www.immi.gov.au/media/fact-sheets/49whm.htm.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia