Penginapan

Penginapan

Anda mempunyai pilihan yang meluas untuk penginapan di Australia. Kami mempunyai hotel butik dan hotel ‘backpackers’, resort peranginan mewah dan pangsapuri khidmat sendiri, pub pedalaman yang rustik dan berkhemah. Anda boleh menjangka untuk menerima perkhidmatan yang ramah dan kualiti yang terbaik dalam mana-mana bajet yang dipilih. Ketahui lebih lanjut tentang jenis penginapan yang berbeza, jenis kemudahan yang ditawarkan dan anggaran kos masing-masing.

Tempat peranginan

Bersantai di resort atau tempat peranginan di mana segala-gala yang anda perlukan terdapat di sini. Anda akan menikmati penginapan di bilik yang besar dan berkualiti tinggi dan serbaneka perkhidmatan pelawat, lawatan dan aktiviti. Tempat peranginan Australia merupakan cara ideal untuk bersantai di lokasi semula jadi yang mempersonakan – dari Hamilton Island di Queensland ke negeri wain di Australia Selatan. Aktiviti direka khas untuk lokasi anda, bergantung kepada kedudukan anda, anda boleh menuju ke cenuram ski, pergi menyelam skuba atau menikmati koktel di tepi kolam renang.

Hotel

Tinggal di bilik atau suite, perkhidmatan dial cepat seperti perkhidmatan bilik dan penjagaan bayi serta nikmati kemudahan seperti kolam renang dan pusat kesihatan sehingga restoran dan bar. Anda akan mendapati kebanyakan jenama hotel antarabangsa yang besar di destinasi percutian utama Australia dan bandaraya utama. Taraf bintang dari dua hingga lima bintang dan harga berbeza mengikut taraf masing-masing.

Motel

Singgah untuk melepaskan lelah seketika dari perjalanan anda di motel, yang menawarkan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan. Bilik biasanya datang sekali dengan bilik mandi sendiri, televisyen, kemudahan membuat teh dan kopi serta peti sejuk yang kecil. Kebanyakan mempunyai menu sarapan pagi dalam bilik, manakala motel yang lebih besar mempunyai restoran.

Pangsapuri berkhidmat dan unit-unit percutian

Nikmati ruang, keperibadian dan dapur sendiri serta kemudahan laundri dalam pangsapuri atau unit percutian anda sendiri. Pilihan ini adalah yang terbaik dan berpatutan jika anda melancong dengan keluarga atau kumpulan yang besar atau ingin meluangkan lebih daripada beberapa hari di satu tempat. Nikmati ruang sendiri di sini serta dapat memasak sendiri. Anda akan menemui pilihan berkhidmat atau tanpa perkhidmatan, bergantung di mana anda tinggal.

Inap dan sarapan

Tinggal di tempat inap-dan-sarapan untuk merasai suasana keluarga dan makanan masakan rumah yang sedap. Anda akan menemui ini, usaha kecil-kecilan oleh ahli keluarga, di mana sahaja, dari rumah bersejarah ke kotej pelombong, rumah ladang di luar bandar ke rumah bandar di bandaraya. Mereka menawarkan bilik yang selesa pada harga yang berpatutan dan pemilik selalunya merupakan sumber maklumat yang baik.

Tinggal di ladang

Bangun dengan kokokan ayam di ladang yang kecil atau pelajari cara mencukur bulu biri-biri di stesen pedalaman di kawasan seluas lebih sejuta ekar. Tidur di katil biasa di bawah bumbung timah atau nikmati penginapan mewah di rumah ladang. Di penginapan ladang, anda boleh menikmati ruangan terbuka yang luas dengan menunggang kuda, memancing, berenang dan meredah belukar. Biasakan diri dengan rutin harian membaiki pagar, mengawal lembu dari kuda anda, memancing udang krai atau memandu kenderaan pacuan empat roda merentasi hartanah ini. Alami pagi berembun dan suasana senja kemerahan, makanan pedalaman yang sedap dan unggun api di kawasan terbuka. Anda boleh imbangkan hari anda dengan spa artesian bermandikan cahaya bintang. Penginapan ladang memberi anda peluang meninggalkan kesibukan kota untuk suasana pedalaman dan berputar balik ke kehidupan asas di bumi.

Tapak khemah dan caravan

Hayati suasana berkhemah atau berkhemah dengan van di kawasan desa Australia yang cantik dan mempesonakan. Anda boleh dirikan khemah di taman kebangsaan atau tuju ke taman caravan dan khemah yang dilengkapi kemudahan. Dengan menawarkan bekalan elektrik, mandi air panas, kemudahan laundri dan kawasan barbeku, taman-taman ini memastikan perjalanan anda bersih dan bertamadun. Ingat bahawa peraturan dan undang-undang dikuatkuasakan di taman kebangsaan dan tapak perkhemahan untuk melindungi alam sekitar kami. Untuk perjalanan jalan (road trip) serba lengkap di mana anda tidak akan sesat jalan, cuba lawatan caravan sebulan dengan jurupandu sekali. Atau gabungkan kemewahan dan hutan belantara dengan percutian gaya khemah di pedalaman, hutan, gurun atau di pantai.

Asrama dan ‘backpackers’

Tinggal di hut pantai dan rumah pokok di Queensland atau tidur bawah tanah di Australia Selatan. Sama ada anda ialah backpacker, flashpacker atau mempunyai bajet yang rendah, Australia mempunyai penginapan asrama dari kawasan pedalaman hingga ke pusat bandaraya. Di samping menjimatkan wang, asrama merupakan cara yang hebat untuk menemui pelancong lain. Anda boleh bertukar-tukar kisah dan cerita atau bergabung tenaga untuk pengembaraan Australia selanjutnya.

Panduan kepada taraf bintang

5 bintang
Kualiti tinggi dan pelbagai perkhidmatan tetamu bertaraf kelas pertama

4 - 4½ bintang
Kualiti baik dengan perabot dan keselesaan berkualiti tinggi

3 - 3½ bintang
Hotel yang baik dengan bilik yang bersih, selesa dan perabot yang berkualiti

Kurang dari 3 bintang
Kemudahan asas dan dijaga dengan baik

Pangsapuri berkhidmat
Pangsapuri dengan kemudahan lengkap, 1-3 bilik dengan ruang tamu, lengkap dengan dapur, laundri dan bilik mandi berasingan.

Cari Penginapan










Panduan kepada taraf bintang

  • 5 bintang
  • 5 bintang

Kualiti tinggi dan pelbagai perkhidmatan tetamu bertaraf kelas pertama

  • 4 - 4½ bintang
  • 4 bintang

Kualiti baik dengan perabot dan keselesaan berkualiti tinggi

  • 3 - 3½ bintang
  • 3 bintang

Hotel yang baik dengan bilik yang bersih, selesa dan perabot yang berkualiti

  • Kurang dari 3 bintang

Kemudahan asas dan dijaga dengan baik

  • Pangsapuri berkhidmat

Pangsapuri dengan kemudahan lengkap, 1-3 bilik dengan ruang tamu, lengkap dengan dapur, laundri dan bilik mandi berasingan.

More Australian Ideas