Keselamatan Jalan Raya di Australia

Jalan kawasan pedalaman, NT. © Connections & Tourism Australia

Keselamatan Jalan Raya di Australia

Mengikuti beberapa panduan keselamatan jalan raya yang mudah dapat membantu memastikan percutian pemanduan anda di Australia lebih selamat dan lebih menyeronokkan.

Memandu di Australia

Jika anda mahu memandu di Australia, anda perlu mempunyai permit memandu antarabangsa yang sah besertakan lesen memandu yang dikeluarkan oleh negara tempat anda tinggal.

Keep left
Kekal di kiri

Kekal di kiri

Rakyat Australia memandu di sebelah kiri di jalan dua hala. Minta penumpang untuk mengingatkan anda tentang perkara ini setiap kali anda memulakan perjalanan dan apabila anda membelok di persimpangan. Anda perlu sentiasa melihat di sebelah kanan, kemudian kiri dan kanan semula apabila melintas jalan jika tiada lampu isyarat berdekatan.

Tali pinggang keledar dan kekangan kanak-kanak
Tali pinggang keledar & kekangan

Tali pinggang keledar dan kekangan kanak-kanak

Tali pinggang keledar perlu sentiasa dipakai semasa memandu. Semua penumpang dalam kereta juga perlu memakai tali pinggang keledar. Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun perlu memakai kekangan kanak-kanak yang sesuai untuk saiz dan berat kanak-kanak tersebut.

Obey the road signs
Patuhi tanda jalan

Patuhi tanda jalan

Anda perlu membiasakan diri anda dengan tanda jalan di Australia dan pastikan anda mematuhinya.

Road markings
Penanda jalan

Penanda jalan

Jika penanda garis tengah pada jalan merupakan satu garis yang berputus-putus, semua kenderaan boleh menyeberangi garis tersebut untuk memotong kenderaan lain apabila ianya selamat untuk dilakukan. Jika penanda tengah mempunyai dua garis, anda tidak boleh memotong jika garis yang paling dekat dengan kenderaan anda tidak berputus-putus. Apabila terdapat anak panah yang dilukis pada jalan, anda hanya boleh memandu dalam arah yang ia tunjukkan.

Had laju dikuatkuasakan di Australia
Had laju dikuatkuasakan

Had laju dikuatkuasakan di Australia

Had laju dikuatkuasakan dengan ketat di Australia. Had laju adalah kelajuan maksimum di jalan raya dan anda tidak boleh memandu melebihi had laju pada bila-bila masa sekali pun. Sesetengah jalan tidak mempunyai tanda had laju yang mudah dilihat, namun had laju tetap dikenakan. Anda perlu lebih berhati-hati semasa di kawasan kediaman dan di kawasan sekolah.

Alcohol and drugs
Alkohol dan dadah

Alkohol dan dadah

Memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol adalah sangat berbahaya dan Australia mempunyai penalti yang sangat serius sekiranya anda ditangkap dalam keadaan demikian. Di Australia, anda tidak dibenarkan memandu kereta jika kandungan alkohol dalam darah anda adalah 0.05 peratus atau lebih tinggi. Jika anda mempunyai lesen memandu percubaan atau peruntukan, kandungan alkohol dalam darah anda perlu berada pada tahap sifar setiap masa. Memandu selepas mengambil dadah yang menjejaskan keupayaan anda untuk memandu adalah dilarang dan hukumannya adalah serius.

No mobile phones
Telefon mudah alih dilarang

Telefon mudah alih dilarang

Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon mudah alih pegang semasa memandu. Ini termasuk membuat atau menerima panggilan, menghantar mesej teks, bermain permainan atau melayari web.

Take a break and arrive safely
Berehat dan tiba dengan selamat

Berehat dan tiba dengan selamat

Ia ialah satu perkara biasa untuk memandu perjalanan yang jauh di Australia, jadi anda perlu merancang perjalanan anda sambil menyertakan beberapa waktu rehat dan pastikan anda mempunyai petrol yang mencukupi untuk perjalanan anda. Kawasan rehat terletak di setiap 80-100 kilometer di lebuh raya dan jalan utama untuk mereka yang mahu berhenti dan berehat apabila penat.

Memandu di kawasan desa dan pedalaman
kawasan desa dan pedalaman

Memandu di kawasan desa dan pedalaman

Memandu di kawasan desa dan pedalaman memerlukan kemahiran memandu yang khas dan kepekaan terhadap keadaan jalan yang berbeza-beza. Pastikan kenderaan anda berfungsi dalam keadaan yang baik dan telah diservis baru-baru ini. Sentiasa bawa tayar tambahan, alatan dan air lebih. Jika anda mengembara ke kawasan pedalaman yang jauh daripada lebuh raya utama, pastikan anda mempunyai bekalan bahan api yang banyak serta makanan dan air. Kawasan pedalaman Australia terletak jauh dari pekan dan kemudahan, oleh itu ia adalah penting agar anda merancang perjalanan anda sebelum bertolak. Jika anda merancang untuk mengembara ke kawasan pedalaman yang tidak berada di lebuh raya utama, anda perlu memaklumkan keluarga atau rakan tentang laluan rancangan dan jangkaan masa ketibaan anda (ETA). Anda juga perlu mempertimbangkan untuk menyewa peralatan komunikasi kecemasan seperti telefon satelit atau peranti Suar Radio Penanda Kedudukan Kecemasan (EPRIB).

Keadaan jalan
Keadaan jalan

Keadaan jalan

Keadaan jalan boleh berubah-ubah daripada permukaan jalan yang rata kepada jalan berkelikir dan tidak rata. Anda perlu memandu pacuan empat roda (4WD) jika anda mengembara atas jalan yang tidak rata. Anda juga perlu elakkan daripada memecut di jalan yang tidak rata bagi mengelakkan bahaya seperti lubang di jalan, tepi jalan yang lembut dan permukaan jalan yang berubah-ubah. Jika anda memandu di luar laluan jalan, jangan terus pandu ke laluan jalan dengan serta-merta, tetapi pandu perlahan-lahan dan kembali ke jalan apabila kenderaan dipandu pada kelajuan yang selamat. Patuhi tanda jalan ditutup.

Keadaan jalan berubah apabila berlaku banjir dan kebakaran belukar
Keadaan jalan berubah

Keadaan jalan berubah apabila berlaku banjir dan kebakaran belukar

Australia adalah tempat yang mengalami keadaan cuaca ekstrim, di mana sesetengah kawasan mungkin terjejas oleh banjir sementara kawasan lain pula mungkin mengalami keadaan cuaca ekstrim seperti kebakaran belukar atau siklon. Anda sentiasa perlu merancang perjalanan anda dan memeriksa keadaan cuaca di kawasan yang anda ingin tujui terlebih dahulu. Anda tidak boleh mencuba untuk menyeberangi jalan raya yang banjir kerana banjir selalunya mempunyai aliran deras yang boleh menghanyutkan kenderaan anda. Anda boleh menghubungi Perkhidmatan Kecemasan Negara (SES) setempat atau hubungi 000 jika anda berada dalam situasi kecemasan.

Berwaspadalah dengan hidupan liar dan haiwan ternakan
Hidupan liar dan haiwan ternakan

Berwaspadalah dengan hidupan liar dan haiwan ternakan

Berwaspadalah dengan hidupan liar di jalan, seperti kangaroo, emu, wombat dan koala. Haiwan ternakan seperti lembu juga mungkin meragut rumput di tepi jalan yang tidak berpagar. Anda perlu sentiasa memandu pada kelajuan yang selamat, jadi sekiranya haiwan melintas di hadapan anda, anda boleh kurangkan kelajuan anda. Jangan cuba untuk melencongkan kereta anda secara tiba-tiba kerana anda mungkin terkeluar dari laluan jalan.

Articulated Trucks
Trak Sambung Sendi

Trak Sambung Sendi

Kereta api jalan dan trak sambung sendi yang boleh berukur sepanjang 10 kereta, mungkin memerlukan sehingga 2.5 kilometer untuk dipintas jika anda memandu pada kelajuan 100 kilometer sejam. Pastikan terdapat ruang yang mencukupi sebelum anda cuba untuk memintas kereta api jalan kerana ia sering bergerak dari sisi ke sisi semasa anda memotong. Bersedia untuk menghadapi tiupan angin semasa memintas kerana ia boleh menarik anda ke arah kereta api jalan.

If your vehicle breaks down
Jika kenderaan anda rosak

Jika kenderaan anda rosak

Jika kenderaan anda rosak, jangan tinggalkan kenderaan anda kerana ia boleh dijadikan sebagai teduhan dan perlindungan anda daripada keadaan cuaca. Tunggu bantuan datang.

Emergency assistance
Bantuan kecemasan

Bantuan kecemasan

000 ialah nombor bagi semua perkhidmatan kecemasan di Australia.

Nombor ini boleh menyambungkan anda kepada Polis, Ambulans atau Bomba. Anda hanya perlu menghubungi 000 semasa kecemasan.

E-tags and tolls
E-tag dan tol

E-tag dan tol

Kebanyakan laluan kenderaan di bandar besar Australia adalah jalan bertol, bermakna anda perlu membayar tol untuk menggunakannya. Sesetengahnya beroperasi secara elektronik sepenuhnya, jadi anda tidak boleh membayar tol menggunakan wang tunai di pondok tol. Sebaliknya, anda perlu membayar tol menggunakan tag elektronik atau pas. Anda boleh menyediakan pas sebelum anda meninggalkan rumah atau selewat-lewatnya tiga hari selepas anda menggunakan jalan. E-tag selalunya boleh digunakan di laluan kenderaan di seluruh Australia, namun ia adalah lebih baik jika anda semak dengan pihak berkuasa jalan dan lalu lintas setempat untuk mengelakkan denda.

Car Hire
Penyewaan Kereta

Penyewaan Kereta

Penyewaan kereta di Australia boleh menjadi sangat berbaloi apabila anda merancang untuk mengelilingi Australia melalui jalan darat. Apabila anda menyewa kereta di Australia, terdapat keperluan penting tertentu yang biasa di seluruh industri penyewaan kereta, termasuk mempunyai lesen memandu yang sah; kad kredit untuk keselamatan; dan pasport untuk pengesahan. Anda akan menemui banyak syarikat penyewaan kereta antarabangsa di Australia termasuk Avis Car Rental, Hertz, Thrifty, Budget dan Europcar.

Motorcycle and bicycle safety
Keselamatan motosikal dan basikal

Keselamatan motosikal dan basikal

Jika anda menunggang basikal, basikal berenjin, skuter motor atau basikal, anda perlu memakai topi keledar pada setiap masa. Jika anda menunggang di jalan raya, anda perlu mematuhi semua tanda jalan dan isyarat lalu lintas, termasuk had laju. Anda perlu sentiasa memberi perhatian kepada keadaan jalan dan sentiasa memberikan ruang yang banyak. Gunakan penunjuk anda jika anda menukar laluan atau memotong kenderaan lain. Hidupkan lampu depan apabila menunggang dan pakai pakaian pelindung.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia