Terma dan Syarat
1. Pengenalan
(a) Dalam terma dan syarat ini (Terma dan Syarat), “kami”, “milik kami” atau “kita” bermaksud Tourism Australia.
(b) Sila baca Terma dan Syarat ini dengan teliti kerana ia berkaitan dengan penggunaan laman internet www.australia.com atau mana-mana laman web lain yang dimiliki atau dikendalikan oleh Tourism Australia, termasuk tetapi tidak terhad pada (Laman(-laman). Dengan menggunakan Laman(-laman) ini anda bersetuju untuk terikat oleh Terma dan Syarat ini termasuk penyemakan yang dirujuk dalam (c).
(c) Kami mungkin menyemak Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa dengan mengemas kini paparan ini. Terma yang disemak ini akan berkuat kuasa apabila ia dipaparkan.
(d) Penggunaan beberapa bahagian atau ciri Laman ini mungkin dikawal selia oleh terma dan syarat tambahan. Apabila ini berlaku, anda akan dimaklumkan sewajarnya, dan terma dan syarat tambahan ini:
(i) akan berkuat kuasa ke atas penggunaan bahagian atau ciri Laman ini oleh anda sebagai tambahan kepada terma dan syarat ini; dan
(ii) akan mengungguli Terma dan Syarat ini apabila terdapat sebarang ketidaktekalan.
2. Hak Harta Intelektual
(a) Anda mengakui bahawa Kandungan Laman ini tertakluk pada hak cipta, tanda dagangan dan kemungkinan hak harta intelektual lain. Dalam Terma dan Syarat ini, “Kandungan” bermaksud sebarang perkara yang anda lihat, baca, muat naik, muat turun atau akses pada atau melalui Laman ini (termasuk tetapi tidak terhad pada mesej, fail, data, perisian, imej, hasil seni, grafik, reka bentuk, foto, ilustrasi, teks, muzik, lagu, video, tag dan bahan lain atau perkara pada Laman(-laman) ini).
(b) Kecuali anda dibenarkan secara jelas oleh kami, atau sebaliknya oleh undang-undang, anda tidak boleh melakukan sebarang perkara berikut dengan sendiri, atau membenarkan mana-mana orang lain untuk:
(i) menjual, menghasilkan semula, menerbitkan, mengedar, menyampaikan kepada umum (sebagai contoh dengan menyediakannya dalam talian atau menghantar secara elektronik) mengubah, memaparkan, melaksanakan di khalayak awam, menyediakan kerja-kerja terbitan berdasarkan atau membuat adaptasi daripadanya, memaparkan semula atau sebaliknya menggunakan sebarang Kandungan (atau mana-mana bahagian Kandungan ini yang boleh dikenal pasti dengan mudah) dalam apa jua cara pun tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada kami; atau
(ii) sebaliknya melanggar hak harta intelektual mana-mana individu dalam menggunakan Laman(-laman) ini atau sebarang Kandungan.
(c) Tiada sesuatu yang anda lakukan atau berkaitan dengan Laman(-laman) ini akan memindahkan sebarang hak harta intelektual kepada anda kecuali ia dinyatakan secara jelas.
(d) Anda bersetuju bahawa Tourism Australia memiliki hak cipta dan tanda dagangan dalam logo pemasaran “Australia”, nama domain AUSTRALIA.COM, slogan pengiklanan yang tertera dalam pengiklanan Tourism Australia pada Laman dan logo korporat “Tourism Australia” (Tanda Dagangan Tourism Australia). Tourism Australia memiliki hak penuh ke atas Tanda Dagangan Tourism Australia. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan sebarang Tanda Dagangan Tourism Australia tanpa mendapat persetujuan bertulis terlebih dahulu. Kesemua tanda dagangan yang muncul pada Laman kami adalah kepunyaan hak pemiliknya masing-masing.
(e) Peta yang dibentangkan dalam laman web ini telah disediakan oleh NASA. Tourism Australia hendaklah melakukan perkara berikut untuk menggunakan peta ini:
(i) NASA mengkehendaki agar mereka diberi penghargaan sebagai pemilik imej ini; dan
(ii) URL disediakan bagi Visible Earth (http://visibleearth.nasa.gov/ ). Maklumat lanjut boleh didapati di: http://visibleearth.nasa.gov/useterms.php
3. Kandungan Laman ini
(a) Kami berusaha memastikan Kandungan Laman(-laman) ini terkini. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin ketepatan atau keterkinian Kandungannya.
(b) Anda mengakui bahawa Kandungan Laman ini tertakluk pada perubahan pada bila-bila masa.
(c) Kesemua harga yang disebut pada Laman(-laman) ini adalah dalam dolar Australia kecuali dinyatakan sebaliknya.
(d) Harga yang disebut pada Laman(-laman) ini hendaklah digunakan sebagai panduan sahaja kerana ia boleh berubah dari semasa ke semasa.
(e) Sebahagian daripada Kandungan Laman(laman) ini, termasuk rencana, penajaan dan promosi, merangkumi pengiklanan yang dibayar (Kandungan yang Ditaja). Ini bermakna Tourism Australia mungkin telah menerima bayaran atau faedah lain sebagai imbalan kerana menerbitkan atau menyebarkan Kandungan yang Ditaja pada Laman(-laman) ini. Tourism Australia tidak mengesahkan, mengendors atau sebaliknya bersetuju dengan Kandungan yang Ditaja ini.
(f) Pendapat yang dinyatakan oleh orang awam yang telah memuat naik Kandungan ke Laman(-laman) ini bukanlah pendapat kami dan kami tidak menanggung sebarang liabiliti bagi sebarang Kandungan yang dipaparkan pada Laman(-laman) ini oleh pihak ketiga, dan kami juga tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau ketepatannya. Sebarang pergantunganyang anda letakkan pada Kandungan yang dipaparkan pada Laman(laman) ini adalah atas risiko anda sendiri.
(g) Jika anda beranggapan sebarang Kandungan yang telah dipaparkan dalam Laman(-laman) ini sebagai menjelikkan, tidak sesuai atau dalam apa-apa cara lain telah melanggar Terma dan Syarat ini, sila hantarkan e-mel kepada kami di feedback@tourism.australia.com dengan pautan kepada Kandungan yang berkenaan berserta alasan bantahan anda. Kami akan mempertimbangkan bantahan anda dan akan menentukan sama ada Kandungan tersebut perlu dikeluarkan menurut budi bicara tunggal kami.
4. Penggunaan Laman ini Oleh Anda
(a) Anda tidak boleh:
(i) menggunakan Laman(-laman) ini tanpa kebenaran atau penyeliaan oleh ibu bapa atau penjaga, jika anda belum mencapai usia majoriti mengikut ruang lingkup sebarang Undang-Undang Yang Berkuat Kuasa;
(ii) menggendalakan atau mengganggu Laman(-laman) ini atau pelayan atau perisian, perkakasan atau kelengkapan lain yang disambungkan ke atau melalui Laman(-laman) ini;
(iii) menghasilkan semula mana-mana Kandungan daripada Laman(-laman) kami tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada kami, yang kami boleh nafikan atau benarkan (menurut terma yang boleh diterima oleh kami), menurut budi bicara mutlak kami;
(iv) melanggar mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan Laman(-laman) ini oleh anda; atau
(v) menggunakan atau menyebarkan data peribadi atau maklumat persendirian mengenai pengguna lain Laman(-laman) ini.
(b) Dalam Terma dan Syarat ini, Undang-undang yang Berkuat Kuasa berkaitan mana-mana individu, tindakan atau perkara bermaksud perkara berikut berkaitan dengan individu, tindakan atau perkara tersebut:
(i) sebarang undang-undang, peraturan atau pengawalseliaan bagi mana-mana negara (atau sub bahagian politik sesebuah negara);
(ii) sebarang obligasi mengikut ruang lingkup sebarang lesen di mana-mana negara (atau sub bahagian politik sesebuah negara); dan
(iii) sebarang penetapan, keputusan atau arahan pengawal selia yang menurut undang-undang dan mengikat di mana-mana negara (atau sub bahagian politik sesebuah negara).
5. Pautan, Muat Turun, Plug-in, Promosi dan Pengiklanan
(a) Kami belum menyemak kesemua laman web, muat turun, plug-in, promosi atau iklan yang dipautkan ke Laman(-laman) ini dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau ketepatan mana-mana bahan luar Laman seperti ini, termasuk mana-mana laman web yang dipautkan ke Laman(-laman) ini melalui iklan atau enjin carian (secara kolektif, Bahan Pihak Ketiga). Pautan Laman(-laman) kami ke mana-mana Bahan Pihak Ketiga tidak bermaksud yang kami mengendors bahan yang dipautkan, dan anda menggunakan pautan ini atas risiko anda sendiri. Kami tidak menanggung sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk sebarang tuntutan, kerugian, kos, perbelanjaan atau ganti rugi dalam apa jua bentuk pun (termasuk yuran guaman) yang berpunca daripada penggunaan pautan ini oleh anda atau huraian atau maklumat yang diberikan di sana.
(b) Anda bersetuju untuk tidak menyalahgunakan sebarang Kandungan yang boleh dimuat turun yang terdapat pada Laman(-laman) ini, termasuk tetapi tidak terhad pada, menghasilkan semula, adaptasi, menyampaikan Kandungan kepada khalayak awam, termasuk Kandungan pada laman web lain atau membuat representasi yang mengelirukan atau palsu mengenai Kandungan ini, kecuali diberi kebenaran secara jelas oleh Tourism Australia.
(c) Surat menyurat atau urus niaga anda, atau penyertaan anda dalam promosi atau perniagaan, pengiklan di Laman(-laman) ini adalah semata-mata di antara anda dengan pengiklan tersebut sahaja. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang jenis kerugian atau ganti rugi dalam apa jenis pun, yang ditanggung akibat apa-apa urusan seperti ini atau akibat kehadiran iklan tersebut pada Laman ini.
6. Memaparkan pada Laman ini
(a) Mungkin terdapat kemudahan pada Laman(-laman) ini untuk anda menyerahkan atau memaparkan Kandungan ke Laman(-laman) ini. Bagi Kandungan yang anda serahkan untuk dipaparkan pada Laman(-laman) ini (dalam apa jua format pun):
(i) anda secara mutlak dan tanpa syarat menyerah hak (dan bersetuju untuk menggunakan usaha bersungguh-sungguh anda untuk menjamin sebarang pihak ketiga untuk secara mutlak dan tanpa syarat untuk menyerah hak) kepada kami kesemua hak, hak milik dan faedah dalam kesemua hak harta intelektual dalam sebarang Kandungan yang anda serahkan kepada Laman(-laman) ini;
(ii) anda bersetuju bahawa sama ada dan dalam apa jua bentuk kandungan yang diterbitkan pada Laman(-laman) ini adalah menurut budi bicara tunggal Tourism Australia;
(iii) anda memberi persetujuan tanpa syarat bagi Kandungan tersebut dipinda, disunting atau diadaptasi seperti yang Tourism Australia atau pemegang sub-lesennya rasakan patut, termasuk dalam cara yang sebaliknya melanggar hak moral anda. Persetujuan ini turut meliputi pemegang lesen dan pewaris hak milik, dan semua individu yang dibenarkan oleh pemilik atau bakal pemilik, atau oleh pemegang lesen atau pewaris hak milik yang berkaitan, untuk melakukan tindakan yang terangkum dalam hak cipta ini;
(iv) anda bersetuju bahawa anda, mahu pun orang lain, tidak perlukan atribusi bagi Kandungan ini;
(v) anda mengakui bahawa anda mungkin dipertanggungjawabkan dari segi undang-undang atas Kandungan yang anda serahkan. Anda mengakui bahawa anda hendaklah menilai dan menanggung segala risiko yang berkaitan dengan penggunaan sebarang Kandungan, termasuk pergantungan terhadap ketepatan, kesempurnaan atau kebergunaan Kandungan tersebut;
(b) Bagi Kandungan yang anda serahkan untuk dipaparkan pada Laman(-laman) (dalam apa jua format) ini anda bersetuju untuk tidak:
(i) memuat naik, memaparkan, menghantar atau sebaliknya menyediakan sebarang Kandungan yang melanggar undang-undang, berbahaya, mengancam, kesat, mengganggu, pornografi, fitnah, kasar, lucah, berkaitan dengan perjudian, mengandungi libel, mencerobohi privasi orang lain, penuh kebencian, atau mengganggu secara radikal, dari segi etnik atau sebaliknya tidak disenangi, termasuk tetapi tidak terhad pada;
(A) Kandungan yang memaparkan atau secara tidak langsung menyentuh atau menggalakkan tingkah laku yang menjelikkan atau yang salah di sisi undang-undang;
(B) Kandungan yang mengeksploitasi individu secara seksual atau ganas;
(C) Kandungan yeng mengganggu atau menggalakkan gangguan terhadap orang lain;
(D) Kandungan yang menggalakkan atau mengapi-apikan sifat perkauman, ketaksuban, kebencian atau mudarat fizikal dalam apa jua bentuk pun terhadap mana-mana kumpulan atau individu;
(E) Kandungan yang mengandungi kebogelan, keganasan atau mengandungi pautan ke laman web dewasa;
(F) Kandungan yang memberi sebarang nombor telefon, alamat jalan, nama akhir, maklumat perbankan atau kewangan peribadi, URL atau alamat e-mel;
(G) Kandungan yang mempromosi maklumat yang pengguna ketahui sebagai palsu atau mengelirukan atau menggalakkan aktiviti haram atau tingkah laku yang kesat, mengancam, lucah, bersifat fitnah atau libel;
(H) Kandungan yang menggalakkan atau mempromosikan sebarang aktiviti atau usaha niaga jenayah atau memberi maklumat arahan mengenai aktiviti haram, tetapi tidak terhad pada membuat atau membeli senjata haram, mencerobohi privasi seseorang atau mewujudkan virus komputer; atau
(I) Kandungan yang merangkumi foto atau imej orang lain atau harta orang lain yang telah diserahkan tanpa persetujuan orang tersebut (atau sekiranya orang itu di bawah umur majoriti dalam ruang lingkup Undang-undang yang Berkuat Kuasa, persetujuan ibu bapa atau penjaganya yang sah);
(ii) menyamar sebagai seseorang atau entiti, atau membuat representasi palsu mengenai perhubungan anda dengan seseorang atau sesebuah entiti;
(iii) muat naik, papar, hantar atau sebaliknya menyediakan sebarang Kandungan yang anda tiada hak untuk sediakan di bawah Undang-undang Yang Berkuat Kuasa atau mengikutruang lingkup sebarang perhubungan kontraktual atau fidusiari (seperti maklumat empunya dan sulit yang diketahui atau didedahkan sebagai sebahagian daripada perhubungan pekerjaan);
(iv) muat naik, papar, hantar atau sebaliknya menyediakan sebarang Kandungan yang melanggar sebarang paten, tanda dagangan, maklumat sulit, hak cipta atau hak empunya mana-mana pihak;
(v) muat naik, papar, hantar atau sebaliknya menyediakan sebarang pengiklanan atau bahan promosi yang tidak dilanggan atau tidak dibenarkan; atau
(vi) muat naik, papar, hantar atau sebaliknya sediakan sebarang bahan yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod berniat jahat;
(c) Dengan memaparkan Kandungan di Laman(-laman) anda jamin bahawa:
(i) anda mempunyai hak kuasa dan autoriti untuk menyediakan Kandungan dalam bentuk dan cara dan nama ia diserahkan;
(ii) anda memiliki Kandungan ini dan berhak untuk menyerah hak milik hak cipta dan Hak Harta Intelektual lain dalam Kandungan ini kepada kami;
(iii) Kandungan tersebut tidak melanggar hak privasi, hak cipta, hak kontrak atau hak lain (termasuk tetapi tidak terhad pada hak harta intelektual) mana-mana orang, syarikat atau entiti;
(iv) Kandungan tersebut tidak mengandungi bahan yang melanggar undang-undang, bertentangan dengan sebarang undang-undang, tidak sopan, lucah, mengancam, bersifat diskriminasi, mengganggu, mencabuli sebarang rahsia, bersifat fitnah, libel, menjelikkan atau tidak disenangi;
(v) jika Kandungan tersebut dalam apa jua cara merangkumi pihak ketiga atau harta pihak ketiga, yang anda telah memperoleh persetujuan dan pelepasan yang diperlukan daripada pihak ketiga tersebut (atau ibu bapa atau penjaga sah mereka, mengikut yang berkenaan) untuk merangkumi mereka dalam Kandungan anda;
(vi) Kandungan anda tidak mengandungi sebarang representasi atau bahan yang anda tahu atau syaki (atau seharusnya tahu atau syaki secara munasabah) sebagai palsu, mengelirukan atau mengaburi;
(vii) Kandungan anda tidak mengandungi bahan yang telah disiarkan, diedarkan, diterbitkan atau dipancarkan melalui televisyen dalam apa jua cara pun sebelum ini;
(viii) anda tidak akan memaparkan Kandungan atau menggunakan Laman(-laman) ini untuk tujuan pengiklanan, promosi atau melanggan sebarang barangan atau perkhidmatan atau sebaliknya terlibat dalam perdagangan atau perniagaan;
(ix) sepanjang tempoh anda membuat Kandungan ini, anda tidak terlibat dalam kelakuan yang melanggar undang-undang, melanggar sebarang Undang-undang yang Berkuat Kuasa, tidak sopan, lucah, mengancam, bersifat diskriminasi atau mengganggu mana-mana orang; dan
(x) anda bersetuju untuk Kandungan anda disediakan pada Laman(-laman) ini untuk dilihat dan dikomen oleh khalayak awam dan bahawa Kandungan anda boleh digunakan oleh Tourism Australia atau pemegang sublesennya dalam sebarang media untuk tempoh yang tidak terhad tanpa ganjaran atau pampasan untuk apa jua tujuan menurut budi bicara tunggal kami.
7. Pengawasan Kandungan
(a) Anda mengakui bahawa Tourism Australia mungkin membuat atau tidak membuat tapisan awal Kandungan, dan tiada obligasi bagi Tourism Australia untuk membuat tapisan awal Kandungan, dan Tourism Australia berhak (tetapi tidak berkewajipan) menurut budi bicara tunggalnya untuk membuat tapisan awal, menolak atau mengeluarkan sebarang Kandungan yang diberikan oleh anda.
(b) Tanpa mengehadkan perenggan (a), anda bersetuju bahawa Tourism Australia boleh mengedit, mengeluarkan atau tidak menerbitkan sebarang Kandungan jika ia menganggap:
(i) Kandungan ini melanggar undang-undang dalam apa jua cara, termasuk oleh sebab ia bersifat fitnah atau melanggar undang-undang mengenai diskriminasi, pencercaan ras, privasi atau penghinaan yang salah di sisi undang-undang;
(ii) Kandungan tersebut palsu atau mengelirukan;
(iii) penerbitan Kandungan akan melanggar hak harta intelektual (termasuk hak cipta) atau hak moral seseorang;
(iv) Kandungan bersifat kesat, menjelikkan atau lucah; atau
(v) Kandungan sebaliknya melanggar Terma dan Syarat ini.
(c) Meskipun kami mungkin mengawasi atau menyemak dari semasa ke semasa Kandungan, perbincangan, perbualan, paparan atau sumbangan lain yang dibuat kepada Laman(-laman) ini, kami tiada obligasi untuk melakukannya dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti yang berpunca daripada kandungan mana-mana komunikasi mahupun untuk sebarang ralat, fitnah, libel, kelucahan, ketidaksenonohan atau ketidaktepatan yang terkandung dalam komunikasi ini.
8. Indemniti
Anda bersetuju untuk menanggung kerugian dan melindungi Tourism Australia dan subsidiari, gabungan, pegawai, ejen, pekerja, rakan kongsi dan pemberi lesen daripada sebarang tuntutan terhadap kami yang berpunca daripada Kandungan yang anda serahkan, papar, hantar atau sebaliknya sediakan melalui Laman(-laman) ini, penggunaan Laman(-laman) ini oleh anda, sambungan oleh anda ke Laman(-laman) ini, pelanggaran Terma dan Syarat ini oleh anda, atau pelanggaran sebarang hak orang lain, termasuk kesemua ganti rugi, kerugian, dan apa jua jenis perbelanjaan (termasuk fi dan kos guaman yang munasabah) yang berkaitan dengan tuntutan ini.
9. Pendaftaran
(a) Agar anda boleh memberi kami Kandungan atau memuat turun Kandungan menurut Terma dan Syarat ini, anda hendaklah menjadi pengguna yang berdaftar. Untuk menjadi pengguna yang berdaftar, anda hendaklah melengkapkan butiran pendaftaran anda menurut kaedah yang dihuraikan pada laman web ini. Pendaftaran adalah percuma tetapi tidak boleh dipindahkan. Anda bersetuju untuk memberi maklumat yang benar, tepat dan lengkap mengenai diri anda seperti yang diminta oleh borang pendaftaran ini. Anda hendaklah log masuk ke dalam akaun pengguna anda mengikut cara yang diperlukan setiap kali anda ingin memberi sumbangan kepada Laman(laman) ini.
(b) Kami berhak untuk menolak mendaftarkan akaun pengguna atau untuk menamatkan pendaftaran anda pada bila-bila masa menurut budi bicara tunggal kami. Kami tidak akan menerima sebarang permintaan untuk mendaftar akaun pengguna yang kami syaki sedang dibuat oleh atau bagi pihak pengguna yang telah digantung daripada Laman(-laman) ini kerana melanggar Terma dan Syarat ini atau telah digantung sebagai pengguna/pengguna laman web lain kerana komen/sumbangan yang menimbulkan kemarahan, melanggar undang-undang atau tidak wajar.
(c) Anda bertanggungjawab untuk memastikan nama log masuk dan kata laluan anda benar-benar dipastikan rahsia, dan anda bertanggungjawab ke atas sebarang aktiviti di bawah akaun dan kata laluan tersebut. Anda bersetuju untuk:
(i) memaklumkan kami dengan segera mengenai sebarang penggunaan kata laluan atau akaun anda yang tidak dibenarkan atau sebarang pencabulan kawalan keselamatan lain; dan
(ii) memastikan yang anda keluar daripada akaun anda pada akhir setiap sesi. Anda bertanggungjawab secara tunggal untuk mengawal pengedaran dan penggunaan kata laluan anda, mengawal akses kepada dan penggunaan akaun anda dan untuk memaklumkan kami apabila anda ingin membatalkan akaun anda.
(d) Kami tidak akan bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti ke atas sebarang kerugian atau ganti rugi yang berpunca daripada kegagalan anda untuk mematuhi peruntukan ini.
10. Dasar Privasi
(a) Maklumat pendaftaran dan maklumat lain mengenai anda adalah tertakluk pada Dasar Privasi Luar kami. Anda memahami bahawa melalui penggunaan Laman(-laman) ini anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan (seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi) maklumat ini.
(b) Semasa penggunaan Laman(-laman) ini, kami mungkin menghantar kepada dan meminta daripada komputer anda blok-blok data yang dikenali sebagai “kuki”. Dengan menggunakan Laman(-laman) ini anda memberi kebenaran kepada kami untuk menghantar kuki seperti ini kepada komputer anda. Anda tidak boleh mengubah sebarang kuki yang dihantar ke komputer anda dari Laman(-laman) ini dan anda hendaklah memastikan bahawa komputer anda menghantar kuki yang betul dan tepat sebagai respons kepada sebarang permintaan yang berkenaan daripada Laman(-laman) ini. Sila rujuk pada Dasar Privasi Luar Tourism Australia (yang terdapat daripada Laman(-laman)) untuk maklumat lanjut mengenai tujuan kami mendapatkan kuki dan cara kami menggunakan maklumat berkenaan serta bagaimana Tourism Australia menghormati privasi anda.
11. Kawalan Keselamatan Maklumat
Penghantaran data melalui Internet tidak boleh dijamin sebagai selamat sama sekali. Meskipun kami berusaha untuk melindungi maklumat seperti ini, kami tidak menjamin dan tidak boleh memastikan kawalan keselamatan sebarang maklumat yang anda hantarkan kepada kami. Demikian juga sebarang maklumat yang anda hantarkan kepada kami, dihantar atas risiko anda sendiri, walau bagaimapun, sebaik sahaja kami menerima penghantaran anda, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memelihara kawalan keselamatan maklumat tersebut.
12. Penggunaan Laman(-laman) ini Adalah Menurut Risiko Anda Sendiri – Penafian Liabiliti
(a) Penggunaan Laman(-laman) ini oleh anda adalah menurut risiko anda sendiri. Anda tidak boleh bergantung pada mana-mana pernyataan yang diterbitkan atau dipautkan ke Laman(-laman) ini tanpa membuat pertanyaan anda sendiri untuk mengesahkan maklumat tersebut terlebih dahulu.
(b) Kami mengecualikan kesemua waranti dan liabiliti setakat yang dibenarkan sepenuhnya di bawah Undang-undang yang Berkuat Kuasa. Jika sesebuah bidang kuasa tidak membenarkan pengecualian waranti atau liabiliti tersirat tetapi membenarkan pengehadan setakat maksimum yang ditentukan, maka kami mengehadkan waranti dan liabiliti kami sehingga takat tersebut.
(c) Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kesemua maklumat mengenai atau yang dipautkan ke Laman(-laman) ini disediakan “sebagaimana yang disediakan” dan “seperti yang sedia ada” tanpa sebarang waranti atau representasi berkenaan syarat, sama ada jelas atau tersirat, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan yang tersirat, kesesuaian untuk tujuan tertentu, keselamatan, kualiti, kebebasan daripada kerosakan atau ketidaklanggaran.
(d) Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk:
(i) sebarang pernyataan dalam bahan mengenai atau yang dipautkan kepada Laman(-laman) ini; atau
(ii) sebarang kerugian langsung, tidak langsung, sampingan atau yang terhasil yang berkaitan dengan perbuatan anda, atau sesuatu yang anda tidak lakukan, apa-apa sahaja hasil penggunaan (atau ketidakupayaan untuk menggunakan) Laman-(laman) ini dan Kandungannya. Ini termasuk tuntutan, kerugian, kos, perbelanjaan atau ganti rugi dalam apa jua bentuk sekali pun (termasuk fi guaman) yang ditanggung oleh anda atau oleh sebarang pihak ketiga, sama ada berdasarkan waranti, kontrak, tort, kecuaian atau sebarang teori undang-undang lain, dan sama ada kami tahu kemungkinan ganti rugi seperti ini atau tidak.
(e) Setakat yang kami tidak boleh mengeluarkan kesemua liabiliti, liabiliti agregat kepada anda yang berpunca daripada penggunaan Laman(-laman) ini oleh anda atau Kandungan ini (sama ada berpunca daripada pelanggaran Terma ini, kecuaian terhadapnya atau sebarang peruntukan perundangan biasa atau tindakan statutori) terhad pada perkara berikut, pilihannya menurut budi bicara tunggal anda:
(i) Dalam hal barangan, mana-mana satu atau lebih daripada yang berikut:
(A) penggantian barangan atau pembekalan barangan yang setaraf;
(B) pembaikan barangan;
(C) pembayaran kos menggantikan barangan atau memperoleh barangan yang setaraf; atau
(D) pembayaran kos perlu membaiki barangan; atau
(ii) dalam hal perkhidmatan:
(A) pembekalan perkhidmatan lagi; atau
(B) pembayaran kos perlu membaiki barangan yang dibekalkan sekali lagi;
13. Peruntukan Am
(a) Jika mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian yang tidak boleh dikuatkuasakan hendaklah dikuatkuasakan setakat yang maksimum mungkin dan bakinya kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
(b) Terma dan Syarat, dan penggunaan Laman(-laman) ini dan sebarang kandungannya, adalah ditadbir dalam segala segi oleh dan menurut undang-undang Negeri New South Wales, Australia. Melalui penggunaan Laman(-laman) ini, anda bersetuju secara tidak boleh dibatalkan untuk tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah New South Wales, Australia, untuk penyelesaian sebarang pertikaian walau apa jua bentuknya pun, termasuk tanpa had sebarang pertikaian yang berpunca daripada interpretasi atau penggunaan Terma dan Syarat ini, atau penggunaan Laman(-laman) atau sebarang bahan yang terkandung di dalamnya oleh anda, atau diakses melaluinya.