Kemas Kini Berita – Kunjungi Blue Mountains

Blue Mountains, NSW

Kemas Kini Berita – Kunjungi Blue Mountains

Selepas tamatnya kebakaran belukar yang lalu, Blue Mountains Lithgow & Oberon Tourism (BMLOT) gembira untuk menerima pengunjung di wilayah ini.

Jika anda menaiki kereta, Lebuh Raya Great Western merupakan cara yang mudah untuk mencapai Blue Mountains dan Lithgow (menyimpang ke Jenolan Caves Rd untuk Oberon). Terdapat juga Bells Line of Rd, yang menuju ke Blue Mountains Botanic Garden, Mount Tomah.

Atau bersantailah dalam kereta api untuk mencapai Blue Mountains dan Lithgow. Tiba di stesen kereta api Leura atau Katoomba dan jelajahi tempat-tempat tarikan yang popular seperti Scenic World dengan menaiki bas "hop-on/hop-off" yang ikonik (Blue Mountains Explorer Bus dan Blue Mountains Trolley Tours).

Alamilah pelbagai hotel, kafe, restoran, kedai dan tempat tarikan yang utama seperti Blue Mountains Cultural Centre di Katoomba, Small Arms Factory di Lithgow dan Jenolan Caves berdekatan Oberon.

Terdapat pula pemandangan yang menakjubkan menghadap Kawasan Warisan Dunia Greater Blue Mountains seperti Three Sisters dari Tempat Meninjau Echo Point, Govetts Leap di Blackheath, Hassans Walls di Lithgow dan Kanangra-Boyd National Park.

Pengerusi Blue Mountains Lithgow & Oberon Tourism, Randall Walker, menjemput para pelawat untuk "memanjakan diri anda dengan cuti pendek atau lawatan balik hari dan nikmati peralihan musim bunga kepada musim panas". "Setiap desa mempunyai tarikannya dan setiap bahagian belantara mempunyai mikroiklim yang tersendiri."

Pengunjung yang datang ke kawasan ini mungkin ingin mengesahkan semula rancangan dan tempahan mereka tetapi mereka boleh tetap yakin bahawa:

Laluan landasan kereta api dan Lebuh Raya Great Western di sebelah atas Blue Mountains tetap dibuka

Tempat tarikan utama seperti Scenic World dan Jenolan Caves tetap dibuka

Desa Wentworth Falls, Leura, Katoomba, Medlow Bath, Blackheath, Oberon, pekan Lithgow dan Emirates Wolgan Valley semuanya dibuka untuk menyambut pengunjung

Tempat meninjau yang utama di bahagian selatan tubiran seperti Echo Point masih dibuka

Pusat Maklumat Pelawat dibuka

Belantara belukar/taman/rizab, terutamanya di sebelah selatan langsung tidak disentuhi kebakaran. Kafe, restoran, kedai, hotel dan resort terus berdagang

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia

Pautan Berguna

Untuk maklumat lanjut tentang
kebakaran di New South Wales.

Untuk maklumat lanjut tentang
National Park yang ditutup

Untuk maklumat pelancongan tempatan lawati
Blue Mountains and Lithgow Tourism